Monday, December 1, 2014

Kisah kena warded

Haluuu! Byk nk update nih. Psl kena warded, ikut husband pegi meeting, overnight Pullman ngn hang out with good friends kat Publika. Perlu ke nk update semua?haha.

Sebelom terlupa jom la cerita kisah kena warded. Minggu yg pergi Grand Lexis tu lah agak active. Masuk pool dukung Safiyya main ngn dia smp lps tu aku sakit kt bwh. Dlm air kan tak rasa berat.  Nk naik tangga keluar dari pool dah susah sampai Wan tolong. Masa tu dah susah nak jalan tp ok lg. Aku rasa normal. Then after rest ok lah.
Check out tu kan terus g Dataran Pahlawan berjalan pusing jauh bagai nk g tgk wayang. Masa tu sakit kaki belah kanan but still boleh jalan lg.

Bgn pg Ahad tu ok xde dh rasa sakit. So seharian pulak kat dapo sbb abg aku ada. Masak spaghetti aglio olio pastu buat kek oren bagai. Dia balik ptg tu around 4 lbh kot baru aku rest. Masa tu dh rasa badan berat, kaki sakit. Nak mandi pun x larat. Kaki dh start sakit bila nk gerak. Bila nk langkah tu sakit gila. Kt pangkal peha tu ngn bhgn bwh. Rasa mcm nk jatuh.Then baring tggu Wan beli dinner.
Dh dpt rest tu boleh la nk berjalan dari bilik ke dapo. Lps makan nk bgn g wee wee terus takleh gerak langsung. Sakit giler smp menangis. Bila dh berdiri nk berjalan xleh, bila nk duduk tu pon hazab. Aku dah fikir jgn la paralyzed. Takutnya. Wan pon dah risau nk angkat xleh aku kan pregnant kang jatuh lg naya. So dia called ambulance. Omg mmg pengalaman betul. Masa nk naik atas stretcher tu hazab giler. Tp Safiyya leh gelak2. Keluar je dari rumah dia melalak sbb nk ikut aku. Dlm ambulance tu lak bkn stable. Bwk laju mmg sakit giler weh kaki.Aku xleh luruskan kaki masa tu.

Sampai Pantai Hospital masuk emergency, nurses tanya kenapa. Diorg ni mostly ingt aku sakit nk beranak kot tp aku ckp xleh jalan,celah kangkang sakit. Diorg call gynecologist aku Dr Hanisah. Dia soh amek sample air kencing. Mmg x dapat la. Kt rumah pon aku xleh nk g wee wee. Eventho dh duduk atas wheel chair tp x muat nk masuk skali dlm toilet. Aku ckp la xleh gerak. Nk kencing cmne. End up aku kena masuk labor room. Haha. Mmg fefeeling nk beranak dh. Aku confident aku bkn nk beranak lg. Dan aku berdoa lom lg la nak bersalin sbb baru 31 weeks masa tu. Lgpon perut aku x sakit. Anak aku lak mmg active masa tu. It's just aku mmg xleh gerak. Masa kat labor room tu pon diorg still bwk aku g toilet tp aku ckp xleh nk jalan ke toilet bowl. So sudahnya kencing dlm besen. haha. Lega gila lps tu. Brp jam aku tahan. Then diorg buat ctg. Kat kol 11 mlm camtu baru Dr Hanisah dtg. Dia tgk aku dh dpt agak. Dia tau aku mmg slalu sakit blkng since 18 weeks. Then dia tanya apa aku buat semua. Dh bgtau tu dia kata mmg dh agak la. Week skrg ligamen bwh tu tgh mengecut ke apa tah. Cmtu la. So dia kata ligamen aku seliuh. Nanti dia bg aku ubat tahan sakit. Pethidin ke apa tah nama dia. Yg tu cucuk kat bontot. Lps tu panadol every 6hrs.

Lps tu baru diorg transfer aku g ward biasa. Nasib baik dpt single room so Safiyya tido ngn aku mlm tu. After 2x cucuk baru aku leh berjalan yer. Pg esok tu Dr Hanisah dtg dia ckp risau ligamen aku koyak sbb aku kena 2x cucuk baru leh jalan. Lgpon baby ok active, contraction pon xde. So dia refer aku kat dr orthopedic. Ptg tu dr Zaidi cek dia tanya aku leh jalan x. Aku ckp dh boleh tp slowly lah. Then dia terus ckp ok lah tu means xde pape. Tp aku ckp Dr Hanisah soh cek gak. So dia pon tarik la kaki aku tekan kat pinggang then tanya sakit tak. Aku ckp tak terus kata ok lah xde pape. Ok tu. Then dia tanya anak first pompuan penah kena cmni tak. Aku cakap tak. Terus dia kata "ni mesti anak laki". Memandai je. Dah scan la doc. Confirm girl. haha. Salah teori.

Aku admitted ahad malam, Selasa ptg dh boleh keluar bila doc tgk aku dh leh gerak kaki ngn senang masa tu. Mmg bersyukur dia. Dia risau kalo aku xleh gerak nnt susah nk bersalin normal.huhu. Tp alhamdulillah dah ok. Dia bg aku MC 1 whole week suruh rest. Up until this date aku still lg rasa sakit kaki especially belah kanan if aku byk sgt bergerak. Doc pon ada pesan soh aku stop activity ngn husband gak. Sbb takut nnt ligamen tu koyak lak.huehuehue.
Safiyya pon aku xleh nk dukung. Lg pressure nnt. Sian budak kecik tu.
Apa pon aku berdoa aku dapat lg bersalin normal kali ni. Hope kaki cepat elok. Aaminn.
Tu je lah ceritanya.

Till then,daa!

1 comment:

  1. jage diri babe..jge lasak sgt!! t.care darling!!

    ReplyDelete