Baju nikah dan sanding saya masih belum siap lagi. Dijanjikan in another 2 weeks time. Baiklah. Mari berdoa supaya wedding outfits saya siap dengan cantiknya. *Tenangkan hati*
Baju belah bertandang di Umbai sudah siap setelah 2x di"altered". Ok lah secara keseluruhan walaupun rupa bentuk hujung kain lace seperti tidak balance (Kiri kanan tak sama). Staff kedai menyalahkan jenis kain yg keras dan bentuk ombak hujung kain yg tidak sama. *Kalau dia pandai mesti die takkan buat alasan itu*
Berkaitan dgn post ini, ada lagi 1 kecacatan hasil dari kesilapan kedai kad kahwin itu. Itu memang obviously silap mereka. Setelah berdiskusi menerusi telefon, mereka tidak boleh memberi diskaun dgn alasan kad itu sudah di"print" tp mereka akan membayar ganti rugi dengan memberi 2 keping banting dan juga 1000 TQ tag card. Tp saya masih tidak berpuas hati.hmmm. Baru berapa nilai ganti rugi tu kan? Nak suruh mereka re-print, ayahku sudah mengedarkan kad-kad kahwin itu kpd kawan2nya pula. *Saya pasrah sekali lagi*
Bedroom set furniture utk bilik saya sudah sampai last 2 weeks. Saya suka walaupun bukan la berwarna putih mahupun jenis solid wood. Sekarang sibuk mencari bedding set. Susah mahu berjumpa dengan plain white bedsheet. Kalau ada pun mesti jual berasingan. Aci tak jika bedsheet merah manakala quilt putih? *nak jugak matching ngn warna dinding*
Semalam saya pergi mencari kasut berwarna perak. Ok lucu. Silver. Berhajat utk memakai the very simple peep toe shoes in silver supaya kasut itu boleh dipakai kembali selepas majlis kahwin saya. Tidak mahu terlalu tinggi kerana saya seorang yg sangat tinggi. Jadi tidak mahu kelihatan seperti pokok kelapa yg bergerak semasa majlis bertandang nanti. Sudah beberapa kali masuk ke kedai di Bangsar Village itu dan memang dah aim 1 kasut yg agak memenuhi citarasa. Tetapi semalam mmg hampa. Size saya sudah habis. Kasut di kedai lain pula, design seperti orang veteran dan juga terlalu tinggi. Misi mencari terpaksa diteruskan lagi di hari lain. *Semoga saya berjumpa dengan kasut idaman*
Oh, semalam juga saya sempat ke Ubud Spa di Seksyen 7 Bangi. Buat pertama kalinya,saya tertidur ketika diurut. Sungguh gigih mencari tempat ini kerana ramai mengatakan spa ini bagus dan murah. Memang betul okay. Saya ambil "Spa Relaxing Package" di mana ada foot soaking in warm aromatherapy water, tangas, 1 hour balinese massage and aromatheraphy eyemask. Sesungguhnya saya berpuas hati dgn package itu apabila hanya perlu bayar sebanyak Rm78. Bridal package pon murah. Tak sampai 300. Confirm la lps ni saya akan kembali ke spa ini utk session seterusnya. Senang je rupanya nak pergi tempat ni, berdekatan dgn sup urat keting dan my mydin. Beriye2 je google map tp tak jumpa gak.haha.
Itu je update dari saya buat masa sekarang. Sekian.
-aai
No comments:
Post a Comment