Wednesday, May 27, 2015

Beraya Bersama Emel by Melinda Looi!



As we're already know, Malaysia ada ramai talented designer dan salah seorangnya mestilah Melinda Looi. She is well known not only in Malaysia, in fact her name dah lama popular di peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama negara dengan pelbagai koleksi fesyennya yang sentiasa menarik perhatian ramai!


Melinda Looi juga dikenali ramai kerana mempunyai "magic touch" on her every collection yang hadir dengan pelbagai rekaan modern, fresh dan unique. Kita dapat lihat ‘gaya Melinda Looi’ itu sendiri dalam setiap koleksinya dan inilah yang membuatkan nama beliau terus kekal utuh dalam industry fashion Malaysia.




Melinda Looi merupakan seorang pereka fesyen yang sangat disegani di Malaysia. Popularitinya sudah menjangkau sehingga ke peringkat antarabangsa. Namanya bukan sahaja dikenali dalam kalangan peminat fesyen di Malaysia malah menjadi sebutan oleh fashionista dari negara lain. Dianggap sebagai antara fashion designer Malaysia yang genius, koleksi fesyennya sering dinantikan ramai. Beliau mempunyai sentuhan yang cukup unik dalam setiap koleksinya dan telah menjadi trademark bagi barisan koleksi yang telah dihasilkan selama ini.




Kini beliau muncul pula dengan koleksi terbaru yang anda boleh dapatkan diberi nama EMEL by Melinda Looi. Koleksi yang terdiri daripada pilihan baju raya 2015 terkini ini ternyata menarik perhatian ramai kerana hadir dengan rangkaian pilihan yang cukup meluas. Pilihan warna, corak dan rekaan yang boleh didapati untuk koleksi baju raya ini menjadi tarikan. I have my eyes on a few collections already! For sure sebuah lagi kejayaan bakal menyusul untuk Melinda Looi bersama koleksi Aidilfitri terbaru ini. Dapatkan koleksi raya Emel By Melinda Looi untuk sambutan Hari Raya 2015 yang merupakan gabungan kerjasama beliau bersama dua orang selebriti terkenal Malaysia iaitu Emma Maembong dan Liyana Jasmay. This is a great opportunity for us to get one and be like a celebrity on this coming Hari Raya Aidilfitri!

Till then, xoxo!~






No comments:

Post a Comment