Wednesday, March 5, 2014

Tips and contact di Langkawi

1) Utk holiday kali ni, aku handle semua. Cuma flight tickets je mintak kak ipar belikan. Amek Airasia je sbb nk pergi ramai maka yg murah la jadi pilihan. Lain aku uruskan. Suami pembantu paling setia semestinya. Sbb masa pegi ni ktrg bertiga bawak ibu ayah. Ayah pulak mmg nk dok atas wheelchair sbb nk jalan jauh nnt nk naik flight. Sblm tu pon kwn aku yg stewardess ada pesan if ayah aku x larat nk naik tangga request for ambulift. Request masa kt pintu gate. So ibu ayah dapat naik ambulift pergi balik.Ktrg bertiga naik ikot tangga mcm biasa. Tp yg best masa balik ke KL ktrg dapat naik flight dulu sbb ayah diberi keutamaan. Baguskan? Yg penting check in few days before and print boarding pass siap2 so takde la kalut nk check in kat kaunter if terlambat kan. Check in luggage sejam sebelom boarding time. Jangan lambat.

2) Penginapan sepanjang kat sana we opted for homestay. After googled, aku dpt booked Aqeela Langkawi homestay. Boleh tgk gambar kat link aku bg bwh ni. Mmg exactly the same. Ada 4 bilik semua ada toilet dan aircond. Lengkap tempat masak. Overall kami puas hati. Senang deal ngn owner homestay ni. Tgh malam pon boleh hantar kuali besar ktrg mintak sbb nk buat nasik goreng. Hehe. So recommended. Booking bayar dulu 50%.
Contact number ada kat website ni: http://aqeelangkawitravel.blogspot.com/p/penginapan-di-homestay.html

3) Kereta sewa ktrg amek 2 hari je sbb masa sampai sana dh mlm so mcm x berbaloi nk sewa kereta. Mula2 ingt nk sewa masa sampai airport je nanti. Then husband ckp try la tanya kat owner homestay since dia pon ada van sewa. After nego ngn akak tu we got a good deal sbb homestay pon dh amek ngn dia. Ktrg amek Nissan Urvan 14 seaters. Berbaloi. Sbb kami ramai dan barang byk. Ini pon recommended.  Payment dia mintak RM100 for deposit kunci. Yg ni refundable. Lps pulangkan van baru dia bg balik duit tu. Refer sini nk tgk price.

4) Utk makan 2nd night ktrg masak je sbb nk jimat. Haha. Lgpon ktrg xtau speciality kt Langkawi. Ktrg tanya pakcik taxi pon dia x ckp mana yg sedap. 3rd night baru makan kt D-Thaley restaurant.
Sedap. Recommended. Tried their kerabu mangga,kangkung. Thumbs up! Harga pon murah la bg kami sbb lauk byk jenis. Ada lg 1 restaurant yg famous, Wan Thai. Kalo nk mkn sini sila book awl sbb org datang sini 1 bus ye. Breakfast kalo bole try la locals punya. Kt sana nasik lemak rm1 boleh dpt lg. Yg ni utk kt Kuah ye. Cenang xtau. :)

5) Mangrove tour pulak aku dapat dari hasil googled. Aku amek boat paling besar sbb kami ramai, 14 org. Yg ni pon senang nk deal. Aku bayar masa kt jetty je. Xde booking payment. Kira dia secure nama aku je. A day before pergi aku confirmkan balik ngn dia. Lg 1 kenapa aku pilih mangrove sbb nk bwk ibu ayah naik boat skali dan diorg x perlu jalan jauh. If aku amek island hopping adik aku cakap kena jalan jauh so x sesuai utk org tua. Pilih la boat activity yg sesuai. :)
Contact number boleh refer kat page ni yer: http://norrozilarazali.blogspot.com/2013/05/mangrove-tour-dan-island-hoping-di.html

6) Shopping pulak kalau chocs yg murah Idaman Suri dgn Warisan. Tp Warisan ni xde whittakers. So ktrg borong kat Haji Ismail Group dan Idaman suri. Whittakers ngn pepero semua tempat harga sama. Ritter sport paling murah kt Warisan. Haji Ismail Group mostly coklat dia mahal RM1. For Visions semua harga sama tp Warisan mahal. Aku beli kt Idaman Suri sbb ada free gift pyrex. Sudu garfu pon kat Idaman Suri murah byk. No wonder Idaman Suri ramai giler manusia. Punya la lama aku x pergi Langkawi aku xtau pon Idaman Suri ni ada building sendiri. Homestay ktrg lak belakang tu je. Hehe. So kalau boleh survey la dulu harga baru beli.

Tu je la yg aku dpt senaraikan. Apapon we had fun. Ada rezeki nak g Langkawi lg. Till then, xoxo!

No comments:

Post a Comment