Showing posts with label 2nd Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd Pregnancy. Show all posts

Monday, February 23, 2015

Confinement story

Haluuu!!! Dh sebulan x update blog yg x penting ni. Busy jadi mak anak 2 gitu. Tp ikutkan xde la busy sampai takde masa nk update. Tp lebih kpd malas. Haha. Takde idea nk cter apa.

Well harini aku dh 40 hari berpantang. Adele dah 41 hari. Kejap je kan? Tp aku rasa lama gila nk abes pantang ha. Wpon begitu as to date, aku dh g jusco S2 sekali lunch kat Johnny's, jenjalan kat terminal 1 Seremban, dinner kat Windmill Seremban, g Mahkota Parade dinner kat Kenny Rogers, shopping kt SSF Melaka, 3x ke hospital appoinment Adele ngn paed, balik rumah in law kat Umbai dan dinner kat Vivo Jusco Bandaraya Melaka.
Byk kali gak aku keluar berjalan tp duduk dlm kete most of the time. Aku x pegi tmpt yg ramai org. Dlm pantang ni aku x mkn seafood, x mkn benda sejuk or angin, minum air berais ada la 3x tp x byk ponnnnn, mengelat pakai socks dan 6 hari missed pakai bengkung. Awl2 pantang je aku rajin berstokin. Burger, pizza, spaghetti, cheesecake semua dh bantai. So far xde effect kat baby lg. Oh aku angin makan salad. Current fav drink is hot choc. Almost setiap mlm tapau kt Starbucks. Ktrg pon dh bwk Adele tido rumah Durian Tunggal. Alhamdulillah dia tau tu rumah dia kot. Mmg xbyk hal.

Ok cter pasal anak sulung dulu. As expected dia mmg nak kan perhatian lah. X dpt benda dia nak melalak terus. Cepat merajuk. Mmg stress dibuatnya. But she loves her little sister. Asek la nk kiss skrg ni wpon kiss tgn je. Haha. N skrg ni dia stage rajin belajar. Pegi kat sudut phone rumah nyanyi lagu ABC. Maybe budak lain dh petah bercakap tp Safiyya belom lg. Just in her own languange. Tp byk gak vocab dia. Aku ada belikan dia flash cards and almost semua dia boleh sebut. Setakat shape and colors tu dia terer dah. Cewahh. Skrg tgh nk ajar alif ba ta. Fav tv show skrg ni yg mmg dia layan selain pocoyo is elmo's world. Bab mkn, hmmm nothing's new. Paling senang bg dia mkn nasik putih je. Telur dadar bg la kdng2 bila dia x gatal2. Nasik ayam dia suka la tp nasik je. Jgn la letak benda lain. Berat dia at 2 years 5 months 10kg je. Hmmm janji sihat kan?

Anak no 2 pulak. Almost sebulan dia jenis berjaga pagi buta. Around 12-3 lbh or 3-5 lbh. Nasib baik bkn bangsa berjaga sepanjang mlm kalau x mmg pitam aku. Dan dia bkn jenis bila nak tido can sleep on her own. Kadang2 je. Masa awl2 dulu ok la sbb timing tu tido je. Dh besar sket ni mula la kena berdodoi. Seb baik gak aku boleh bergilir ngn mak aku. Si suami xleh nk harapkan sgt sbb dia jenis senang tertidur wpon tgh pegang anak. Heh. Oh and Adele start fully bf since day 5. Alhamdulillah dia xde jaundice. Ada la sikit tapi x kena amek darah pon. And masa cucuk sebulan (32days) berat dia including baju segalalah 4.97kg. She's a healthy baby girl. Semoga berterusan begitu. Aamiin.

Cter breastfeeding pulak. Adele baru lahir dah pandai nyonyot tp cara salah. Merasalah aku sekali lg bengkak susu juga nipple luka siap berdarah. Seminggu lbh gak la aku bf Adele ngn keadaan pedih dan x selesa. Tp redha je sbb aku mmg determine giler nk susukan anak. Pastu aku perasan susu aku x meriah mcm time Safiyya dulu. Safiyya dulu kalo aku pump 7mins cmtu dh dpt 5oz belah kanan je. Kali ni 10minit lbh gak nk full. So gelabah gak la aku dok pk nk mkn supplement yg boleh bykkn susu. Aku minum milo sehari brp kali tah. Then aku mkn vcoa Treenea n minum susu mummylicious. Tp susu tu aku minum 2x je baru sbb aku pening kepala lps minum. Nnt sambung blk. So far vcoa tu mmg really works as my milk booster. Alhamdulillah. Xde la susu melimpah ruah but ok la if aku pump dpt la 6-7oz kiri kanan. Aku pump sehari sekali je janji dpt buat stock. Pemalas kan. Aku mkn vcoa mlm pg esok tu bengkak la if Adele x brp nk menyusu sgt. Adele ni mlm jarang menyusu. Dia tdo je smp aku paksa menyusu ok. Apa pon aku bersyukur sbb dpt menyusukan anak lg.

Less than a month aku akan start keje balik. Kejap je kan. Skrg tgh mencarik org nk jagakan anak2 aku. Well actually tolong ibu aku jaga. Risau ibu xleh nk handle diorg nnt. Ok lah tu je nk update.
Bye!












- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 6, 2015

Hello 2015

Hello!! It's already day 6 in 2015 and i'm still pregnant. Haha. My EDD is actually 18/1 but according to my gynecologist my 1st born was due 1 week earlier from EDD so let's just be prepared.

During the last check up at 37 weeks which is last week, my baby weighted at almost 2.6kg. Everything seems fine. Praying i can do a normal delivery again this time.

As for the baby checklist, i can say all the items in the list can be scratch out. The last item we bought was the bedding set for the baby cot. Safiyya thought it's hers. Siap tido bagai dalam tu! Haha.






Ok for now. Daaaa!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, December 12, 2014

Seminggu di rumah sendiri

Haluuu.. Dah Jumaat pon. This whole week aku duduk rumah sendiri kt Melaka. Work from home. Rabu ada maternity check up and Khamis Selangor cuti. So hubs pergi kerja dari sini. Jimat la masa sejam pergi balik. Dan everyday jugak la aku masak eventho lauk simple je. Ye lah kereta dia bwk so mmg xleh nk keluar cari makan pon time lunch. Better lah masak. Kami laki bini pon x makan lauk leceh berkuah ni. Ikot selera aku lak nk sambal ajer. kekeke. Seb baik laki jenis x kisah.

Ahad lps, we received our 1st overnight guest. Thanks Ana sudi tido rumah kami. Sbb Ana teringin nk mkn kt Pak Putra Tandoori so Ahad mlm tu kami dinner kat situ. Pastu hubs bwk round smp Klebang then balik. Pg tu pon breakfast beli je sbb aku x larat nk masak. hehe. X senonoh kan tuan rumah. Next time ye i masak.

Nak cter psl check up  pulak. Berat dh 71.4kg. Naik 2.9kg from last check up. Doc ckp byk gak naik tu tp xpe lah. Pastu result MGTT clear xde kencing manis. HB pon cantik. Then doc tanya aku if aku ada benda nk tanya kot2 ada problem pape. Aku ckp xde cuma 1 je lah kadang2 ada keluar mcm clear water tp sikit je lah. Yg tu next visit baru tau result sbb doc baru amek sample kt bhgn bwh aritu. Aku kan ada history GBS. So nk confirmkan ada lg ke tak utk pregnancy kali ni. Then scan anak. Aku ckp nk buat 3d. Confident je kan rupanya insurance x cover. Terpaksa la byr RM143. Cis betul AIA. 
Masa scan nmpk la baby pipi tembam. Pastu doc ckp "hidung dia ikut husband u. Pipi pn sama". Pastu ktrg gelak2. haha. Sbb laki aku mcm blur2.



Dok rumah sendiri ni, semua benda kena buat sendiri. Mostly kt dapo la. Tu je tmpt favorite aku. Yg lain tu aku buat mana yg larat la. Bhgn atas aku mmg x naik. Laundry pon laki yg buat. Tp smlm aku basuh la baju-baju baby. Tinggal nk lipat je tuh. Yg Safiyya lak makin menjadi-jadi perangai nak perhatian dia. Maybe dia bosan sbb bila daddy dia g keje tggl ktrg berdua je. If kt Rembau ada la uwan ngn atok nk layan dia. Ok tu je la kot nk update. Bye!

Monday, December 1, 2014

Kisah kena warded

Haluuu! Byk nk update nih. Psl kena warded, ikut husband pegi meeting, overnight Pullman ngn hang out with good friends kat Publika. Perlu ke nk update semua?haha.

Sebelom terlupa jom la cerita kisah kena warded. Minggu yg pergi Grand Lexis tu lah agak active. Masuk pool dukung Safiyya main ngn dia smp lps tu aku sakit kt bwh. Dlm air kan tak rasa berat.  Nk naik tangga keluar dari pool dah susah sampai Wan tolong. Masa tu dah susah nak jalan tp ok lg. Aku rasa normal. Then after rest ok lah.
Check out tu kan terus g Dataran Pahlawan berjalan pusing jauh bagai nk g tgk wayang. Masa tu sakit kaki belah kanan but still boleh jalan lg.

Bgn pg Ahad tu ok xde dh rasa sakit. So seharian pulak kat dapo sbb abg aku ada. Masak spaghetti aglio olio pastu buat kek oren bagai. Dia balik ptg tu around 4 lbh kot baru aku rest. Masa tu dh rasa badan berat, kaki sakit. Nak mandi pun x larat. Kaki dh start sakit bila nk gerak. Bila nk langkah tu sakit gila. Kt pangkal peha tu ngn bhgn bwh. Rasa mcm nk jatuh.Then baring tggu Wan beli dinner.
Dh dpt rest tu boleh la nk berjalan dari bilik ke dapo. Lps makan nk bgn g wee wee terus takleh gerak langsung. Sakit giler smp menangis. Bila dh berdiri nk berjalan xleh, bila nk duduk tu pon hazab. Aku dah fikir jgn la paralyzed. Takutnya. Wan pon dah risau nk angkat xleh aku kan pregnant kang jatuh lg naya. So dia called ambulance. Omg mmg pengalaman betul. Masa nk naik atas stretcher tu hazab giler. Tp Safiyya leh gelak2. Keluar je dari rumah dia melalak sbb nk ikut aku. Dlm ambulance tu lak bkn stable. Bwk laju mmg sakit giler weh kaki.Aku xleh luruskan kaki masa tu.

Sampai Pantai Hospital masuk emergency, nurses tanya kenapa. Diorg ni mostly ingt aku sakit nk beranak kot tp aku ckp xleh jalan,celah kangkang sakit. Diorg call gynecologist aku Dr Hanisah. Dia soh amek sample air kencing. Mmg x dapat la. Kt rumah pon aku xleh nk g wee wee. Eventho dh duduk atas wheel chair tp x muat nk masuk skali dlm toilet. Aku ckp la xleh gerak. Nk kencing cmne. End up aku kena masuk labor room. Haha. Mmg fefeeling nk beranak dh. Aku confident aku bkn nk beranak lg. Dan aku berdoa lom lg la nak bersalin sbb baru 31 weeks masa tu. Lgpon perut aku x sakit. Anak aku lak mmg active masa tu. It's just aku mmg xleh gerak. Masa kat labor room tu pon diorg still bwk aku g toilet tp aku ckp xleh nk jalan ke toilet bowl. So sudahnya kencing dlm besen. haha. Lega gila lps tu. Brp jam aku tahan. Then diorg buat ctg. Kat kol 11 mlm camtu baru Dr Hanisah dtg. Dia tgk aku dh dpt agak. Dia tau aku mmg slalu sakit blkng since 18 weeks. Then dia tanya apa aku buat semua. Dh bgtau tu dia kata mmg dh agak la. Week skrg ligamen bwh tu tgh mengecut ke apa tah. Cmtu la. So dia kata ligamen aku seliuh. Nanti dia bg aku ubat tahan sakit. Pethidin ke apa tah nama dia. Yg tu cucuk kat bontot. Lps tu panadol every 6hrs.

Lps tu baru diorg transfer aku g ward biasa. Nasib baik dpt single room so Safiyya tido ngn aku mlm tu. After 2x cucuk baru aku leh berjalan yer. Pg esok tu Dr Hanisah dtg dia ckp risau ligamen aku koyak sbb aku kena 2x cucuk baru leh jalan. Lgpon baby ok active, contraction pon xde. So dia refer aku kat dr orthopedic. Ptg tu dr Zaidi cek dia tanya aku leh jalan x. Aku ckp dh boleh tp slowly lah. Then dia terus ckp ok lah tu means xde pape. Tp aku ckp Dr Hanisah soh cek gak. So dia pon tarik la kaki aku tekan kat pinggang then tanya sakit tak. Aku ckp tak terus kata ok lah xde pape. Ok tu. Then dia tanya anak first pompuan penah kena cmni tak. Aku cakap tak. Terus dia kata "ni mesti anak laki". Memandai je. Dah scan la doc. Confirm girl. haha. Salah teori.

Aku admitted ahad malam, Selasa ptg dh boleh keluar bila doc tgk aku dh leh gerak kaki ngn senang masa tu. Mmg bersyukur dia. Dia risau kalo aku xleh gerak nnt susah nk bersalin normal.huhu. Tp alhamdulillah dah ok. Dia bg aku MC 1 whole week suruh rest. Up until this date aku still lg rasa sakit kaki especially belah kanan if aku byk sgt bergerak. Doc pon ada pesan soh aku stop activity ngn husband gak. Sbb takut nnt ligamen tu koyak lak.huehuehue.
Safiyya pon aku xleh nk dukung. Lg pressure nnt. Sian budak kecik tu.
Apa pon aku berdoa aku dapat lg bersalin normal kali ni. Hope kaki cepat elok. Aaminn.
Tu je lah ceritanya.

Till then,daa!

Monday, November 17, 2014

MGTT & Masak

Huiiii geramnya Safiyya baru lps masukkn bangku kecik dlm kolah air yg penuh. Dh 1 hal aku nk bersihkn kolah tu. Dh la aritu dia masukkn selipar. Sakit betul lah hati.
Aku skrg dh 30 weeks so agak heavy nk bwk diri sendiri apatah lg mengemas. Dulu xde anak boleh la rilex. Ni ada toddler yg tgh byk akal ni mmg x dpt la. Keje buat sepah je. Hah x pasal buat luahan.

Weekend lps xde wat apa sgt sbb tgh bln kan duit x berapa nk meriah. Sabtu pagi kol 7 lebih cmtu dh keluar rumah pergi hospital Pantai Melaka. Aku kena minum air gula that day. Safiyya x mandi pon sbb masa nk keluar tu dia tido lg dlm buai. Tp sudahnya dia x tido siap teman aku kt hospital. Smp tepat at 830 am jd org first. Amek darah ngn sample wee wee lps tu minum air gula. Air gula Pantai xde perisa or gas ye. Mmg gula semata. Sbb penah ada experience masa Safiyya dulu aku pon minum sikit-sikit. Alhamdulillah x muntah. Pening sikit je lps tu. Puasa lg 2 jam, 11 am kena dtg blk amek darah n wee wee. Sementara nk tggu tu ktrg blk rumah. Wan basuh baju, aku ngn Safiyya dpt la tido 45min gitu. Smp hospital blk kol 1130. Otw tu hospital call ingtkan amek darah lg. Lab takut aku lupa. Bagus kan? 2x tu gak la Safiyya teman. Masuk toilet semua. X byk cter. Hehe. Lps amek darah 2nd time tu terus g Mahkota Parade lunch kt Nandos. Tahap lapar aku masa tu smp order dessert ngn add on lg 1 side dishes. Haha. Lps tu kekenyangan mcm nk meletop perut.


Oh nk dijadikan cter haritu Wan boleh tertinggal bag baju Safiyya kt Rembau. Nasib baik aku mmg ada standby baju dlm bag kecik dia. Tp takde la baju tido. So tak memasal la kena beli baju kt h&m. Malas ktrg nk patah balik Rembau.

3 lbh cmtu xtau nk pegi mana ktrg pon blk rumah. Safiyya masuk kete pengsan terus.
Ktrg laki bini pon membuta smp 6 lbh. Tu pon dgr Safiyya pnggil "mami" dari dlm buai. Lps maghrib camtu ktrg g dinner kt asam pedas hjh mona kota laksamana. 1st time mkn kt situ. Seriously ibu masak lg sedap. Masam betul asam pedas dia. Masam sedap xpe gak. Wan tu yg suka hirup kuah pon x habis. Mkn ikan je. Tp kedai dia tetap ramai org.





Then ktrg g Jusco nk beli pampers Safiyya. Kan semua tinggal kena la beli lain. Pastu beli barang dapo sikit sbb ktrg plan nk masak esoknya tu. Mls nk keluar lg.

Ahad pg aku bgn terus buat pancake for breakfast. Jgn harap lah aku nk buat from scratch. Ibu mengandong xde masa nk berdiri lama kt dapo. Haha. Aku dh beli siap2 yg dlm kotak brand Pillsbury. Just mix dgn fresh milk. Pastu aku buat 2 jenis. Plain ngn letak choc chip on top. Mkn ngn strawberry, maple syrup and choc syrup. Laki aku siap kagum kata sedap. Mcm hotel. Poyo. Tp mkn pakai tgn. Hahaha. This time aku buat dia mcm gebu n cantik. Aku ada baca kt blog iza, nk pancake gebu jgn overmix nnt dia flat. Berguna tips tu.


Dh melepak kejap lps makan, aku terus prepare bahan nk masak spaghetti aglio olio for lunch. Family akak ngn adik aku nk dtg. Mmg x kuasa lah aku nk masak nasik kan. Leceh. So buat yg mudah dan cepat saje. Lgpon laki i diet nk kurangkn nasik katanya. Hehe. And it's my menu of the day. Kejap je licin. Semua kata sedap. Pedas kan. Anak buah aku semua mcm piranha. Haha. Aku nk buat lebih tp kuali x besar. Tp cukup lah utk semua. Dpt la laki aku mkn bertambah.


Pastu dh melepak rest kejap. Kol 2 camtu start buat nutella brownies. Adik aku soh buat. Dia pulak yg teringin. So layankan aje. Senang giler buat tp next time aku patut kurangkn tepung kot or kurang kan masa masak. Sbb bila dh sejuk x chewy pon. Rasa padat. Tp sedap lah. Nutella kan. Ptg tu mkn pizza hut pulak akak aku belanja. Penat lah smlm seharian kat dapo. Kejap2 kang lap dapo. Mlm mmg x masak dh sbb nk blk Rembau. Singgah mkn nasik kukus ayam goreng je kt area Melaka Pindah. Sedap.





So that was my weekend. Safiyya good girl je. Dia tau tu rumah dia so pandai buat hal sendiri. Cuma main kt playroom ajak daddy teman if aku xde kt dapo. Pandai dia. Haha. Ok la tu je nk cter. Bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 5, 2014

Randomly yesterday

Baru sibok nk kemas barang baby yg beli kt Mothercare haritu. Xde tmpt nk letak lg sebenarnya. Storage x beli lg so tumpang lah wardrobe kakak sementara.


Pastu aku buat trifle pudding. Dh lama x mkn so gigih la buat. Hari sblmnya tu dh beli barang siap-siap. Benda senang boleh la nk buatkan.heh.


Lps zuhur keluar g amek Wan kt office sbb nk g maternity check up kt Pantai Hospital. Ibu pun ikot ngn Safiyya. Almost 4 pm gak smp Pantai. Nasib baik x ramai org dh. Mcm biasa timbang berat dh naik 68.5kg. Amek urine test ngn blood pressure. Lps tu jumpa gynae. Lama kot x jumpa since 21 weeks. Skrg aku dh 28 weeks. So scan baby ingt nk buat 4d tp baby too close kt dinding rahim so x detail sgt hasil. Nmpk la baby bulat. Hehe. And she's weighted at 1.3kg currently. Ikot week mcm bsr sket la. No wonder bhgn bwh ni cpt sakit.
So next check up lg 3 weeks but aku kena buat MGTT dulu ngn amek darah. Semoga aku x muntah kali ni. X kuasa nk minum air gula byk kali. GBS swab lak buat masa aku 32 weeks nnt. Sbb dh ada case masa 1st pregnancy so kena la buat. Ikotkn this time xde dh symptom gbs tu tp just to be on the safe side.
Blk tu drive thru car wash kt ayer keroh then tea time kt paparich.


Safiyya good girl je. Masa check up dia pon join la tgk adik skali. Siap ckp adikkkk adikk. So far we don't have any problem if bwk Safiyya masa check up. Lgpon dia suka sbb gynae aku bg dia chocs. Plus gynae aku tu yg sambut dia masa lahir dulu. So dia mmg x byk hal. Hehe. Cuma otw blk je la time aku driving dia nk duduk kt aku. Mmg x dpt la. Beriya pilu nangis. Tp kejap je la then ok. Dh makin pandai anak aku sorg ni. Hope she will be a good sister nnt. Aamiinn..

Oh i'm donning new shawl from naelofarhijab smlm. Senang pakai xyah iron dan selesa. Lipstik pulak from NYX. Sao Paulo. Antara my favorite gitu. Ok la tu je!


Till then, daa!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 24, 2014

Second Pregnancy

This time pregnancy aku tak se-excited mcm yg first. Ya i know my bad. Aku tak plan nk beranak dalam masa terdekat tp dh rezeki cepat. Alhamdulillah. Tp all day sickness aku kali ni lg teruk dari first pregnancy. In fact, until now dh msk 23 weeks pon aku still meloya, lambat makan muntah dan still gak memilih makan. Kalau g office mmg aku pening la nk mkn apa sbb jarang ada goreng2 tengahari. Nk mkn lauk kena yg simple cm sambal ikan bilis kentang,sup sayur or ikan kembung goreng ngn sambal. Gulai,kari, asam pedas mmg aku x lalu. Aku rela goreng telur buat cair2 sket mkn ngn kicap. Time dinner aku prefer kuah mcm kuew tiaw kungfu/kantonis or bihun sup. Air mesti nk fresh orange or apple juice. Ais byk.

Tu bab makan, handling emotion aku mmg failed kali ni. Mmg aku jenis cpt nk marah but this time mmg jgn carik psl. Baru je bergaduh ngn akak aku ni. Both kakak lak tu. Sorg dh ok. Sorg baru carik pasal smlm. Mmg nk kena la sbb jentik aku time aku tgh sakit hati melayan ragam Safiyya. Ngn husband takde mmg lg cpt emo la aku. Eventho aku work from home org tgk aku keje senang tp anak kat rumah aku jaga. Mak aku just tgk2 je. Dia mkn ke mandi ke berak ke semua aku buat. Tu lom lg part dia buat sepah 1 rumah. Org lain duk rumah ni mmg mcm duduk hotel blk kerja mkn tgk tv tido. Nk kemas rumah tu mmg tak la. Aku ni dh la takleh tgk rumah bersepah. X sakit hati bila org ckp ko tu dok rumah buat lah. Pfftttt.

Ok now penyakit sampingan. Takde la penyakit. Tp pregnancy kali ni aku dapat mcm2 sakit. X cukup alahan sepanjang hari, boleh dikatakan hari2 aku sakit kepala. Haritu sakit berdenyut sampai kena refer neurologist. Lps tu hidung tersumbat x psl2. Takde aku selsema ke bersin pon. Bila mlm aku dh ssh nk breathing normally. Dh 2 weeks ni. Haritu aku google rupanya mmg ada simptom ni masa 2nd trimester. Kalau x bernasib baik smp beranak baru elok. :(
Byk la dugaan.

Luckily my job x kacau semua ni. I have an understanding boss and work/time flexibility. Janji kerja jalan. But aku sedar mmg performance aku teruk lah kali ni. Aku x buat anything yg extravaganza pn.
Husband pon alhamdulillah memahami. He always on my side. Kesian dia selalu kena angin panas aku. Safiyya pon tp budak kecik tu mmg tgh mengada. Nk jd kakak ni kan.

Aku masih belum tau gender anak. Kadang-kadang tu ada rasa boy and sometimes girl. Tak kisah la but aku berdoa dapat boy. hehe. Masa Safiyya aku collect semua pic scan. Tp kali ni i don't bother. huhu. Skrg ni kalau aku cakap byk mmg mencungap la. Kawan aku dtg rumah aritu siap tanya aku semput ke. Barang anak 1 apa pon x beli lg. Xtau nk start dari mana. Dh la aku x jumpa mana pumping bag aku. Rasa nk pitam. Tp this time mmg kena beli baby cot sbb aku x leh bayang nnt tido berebut ngn Safiyya. Safiyya skrg selalu tido buai since dh x bf. Tp ada masa dia nk tido ngn aku. So apa pon aku nk ajar baby tido cot. Stroller n car seat ada Safiyya punya leh pakai lg. So jimat la part tu. Just kena topup baju-baju. Tp tu la selagi xtau gender aku mmg takde mood nk beli. huhu.

Ok la tu je ceritanya. Bye!

Tuesday, August 19, 2014

Back again!

Haluuuu!! Almost 3 months tinggalkan blog ni. Byk perkara berlaku during that period. Dan paling utama adalah i'm pregnant. Yeah. Previous posts aku byk emo siap kata late period, end up mmg aku pregnant pon. Hahah. Rezeki tak dijangka. Syukur alhamdulillah.
So nk citer lah camne leh find out psl 2nd pregnancy ni. Mulanya mmg period dh lambatlah. Tp aku rasa mcm tak kot. Maklom la cycle x normal. Lps tu mlm tu aku rasa tak sedap badan, rasa nk muntah. Terus whatsapp hubs soh dia beli upt kit yg murah je. Dia pon beli la yg cap watson tu rasanya.
Pagi tu 1st wee wee terus la buat test. Terus dan dan tu gak double line. Terang. Takyah tunggu. Aku masa tu happy kejap then nk nanges. Aku terus fikir Safiyya. Kesiannya dia kena kongsi kasih sayang lps ni.Pastu terus kejut hubs bgtau dia. Dia senyum kiss lps tu tido balik. Boleh? Haha. Aku terus takleh tido dan tgk je Safiyya sambil nanges.

Esoknya tu terus aku loya. Sabar je la. Lps tu aku g klinik saje nk confirmkan. Buat same test and mmg confirm double line. Ikut kiraan doctor masa tu dh 5 weeks. Bayi anniversary kot. haha. Dan bermula la 1 whole day pregnancy sickness since that. Tak lalu makan. Boleh minum air mineral je. Tu pon muntah gak. Cuma skrg dh much better. Takde dah nk muntah lebih 10x sehari, baring tepi baldi, admitted hospital 2x masuk air. Cuma masih memilih bab makan dan still takleh bau masakan. At 12 weeks berat aku turun total 10kg. Gynae risau gila tp alhamdulillah scan baby sihat dia. Mommy je teruk.
Masa 1st day raya aku boleh nk pitam. Lambat makan kot. Seb baik x pengsan. Time raya ni mmg aku x enjoy sgt mkn. Sedih tgk lauk sedap2 tp x lalu nk makan.

Bab Safiyya pulak masa awal2 aku mmg takleh ngn dia. Bau pon xleh. Lps tu asek nk mengempeng. Lg kuat dia nk df lg kuat aku rasa nk muntah. So dia start tdo mlm dlm buai. Ibu ngn hubs jaga. Mengamuk wei dia masa mula-mula tu. Ada 1 time tu mmg peak la, dia mengamok sbb nk direct feed tp aku x bg. Dia mengamuk sakan. Husband yg penyabar tu pon boleh marah ok. Aku smp cakap kt dia "u jgn marah dia,i je leh marah". Haha. Masa tu aku mmg rasa nk muntah. Hubs g amek asam jawa soh aku letak kt n*pple lps tu aku bg safiyya bf. 3x gak dia cuba hisap sambil tersedu2. Hoi aku menangis2 tgk. Sedih giler ok. Tp since that Safiyya dh kurang nyusu. Still bf tp dh kurang. Tido malam pon x mengempeng. Hope nnt dia taknak ngn sendiri lah. Tak perlu aku letak benda bukan2. Kesian dia pulak.
Lps tu skrg mmg super clingy. Kalo dia nk membebel pon mmg dia akan hadap muka aku soh dgr apa dia ckp. haha. Hubs selalu gelak tgk lps tu ckp "ngn i dia x buat cmtu pon". Safiyya mmg x berapa sgt ngn daddy dia. Apa2 hal pon cari "mimi". Kadang2 aku terfikir camne lah nnt adik keluar. Harap Safiyya tak buat perangai lah.

So skrg aku dh 18 weeks. Loya still ada lg. Takleh lambat makan. Selalu gak pening2 tp ok la dh boleh buat kerja rumah,kerja office sikit. Hope terus ok lah. Tak sabar nk settlekan hal rumah yg pending since aku pregnant. Kalau tak dh boleh buat open house tahun ni. Ecewah. Ok la takde gambar sbb malas nk transfer. Haha. Till then, daaa!