Well harini aku dh 40 hari berpantang. Adele dah 41 hari. Kejap je kan? Tp aku rasa lama gila nk abes pantang ha. Wpon begitu as to date, aku dh g jusco S2 sekali lunch kat Johnny's, jenjalan kat terminal 1 Seremban, dinner kat Windmill Seremban, g Mahkota Parade dinner kat Kenny Rogers, shopping kt SSF Melaka, 3x ke hospital appoinment Adele ngn paed, balik rumah in law kat Umbai dan dinner kat Vivo Jusco Bandaraya Melaka.
Byk kali gak aku keluar berjalan tp duduk dlm kete most of the time. Aku x pegi tmpt yg ramai org. Dlm pantang ni aku x mkn seafood, x mkn benda sejuk or angin, minum air berais ada la 3x tp x byk ponnnnn, mengelat pakai socks dan 6 hari missed pakai bengkung. Awl2 pantang je aku rajin berstokin. Burger, pizza, spaghetti, cheesecake semua dh bantai. So far xde effect kat baby lg. Oh aku angin makan salad. Current fav drink is hot choc. Almost setiap mlm tapau kt Starbucks. Ktrg pon dh bwk Adele tido rumah Durian Tunggal. Alhamdulillah dia tau tu rumah dia kot. Mmg xbyk hal.
Ok cter pasal anak sulung dulu. As expected dia mmg nak kan perhatian lah. X dpt benda dia nak melalak terus. Cepat merajuk. Mmg stress dibuatnya. But she loves her little sister. Asek la nk kiss skrg ni wpon kiss tgn je. Haha. N skrg ni dia stage rajin belajar. Pegi kat sudut phone rumah nyanyi lagu ABC. Maybe budak lain dh petah bercakap tp Safiyya belom lg. Just in her own languange. Tp byk gak vocab dia. Aku ada belikan dia flash cards and almost semua dia boleh sebut. Setakat shape and colors tu dia terer dah. Cewahh. Skrg tgh nk ajar alif ba ta. Fav tv show skrg ni yg mmg dia layan selain pocoyo is elmo's world. Bab mkn, hmmm nothing's new. Paling senang bg dia mkn nasik putih je. Telur dadar bg la kdng2 bila dia x gatal2. Nasik ayam dia suka la tp nasik je. Jgn la letak benda lain. Berat dia at 2 years 5 months 10kg je. Hmmm janji sihat kan?
Anak no 2 pulak. Almost sebulan dia jenis berjaga pagi buta. Around 12-3 lbh or 3-5 lbh. Nasib baik bkn bangsa berjaga sepanjang mlm kalau x mmg pitam aku. Dan dia bkn jenis bila nak tido can sleep on her own. Kadang2 je. Masa awl2 dulu ok la sbb timing tu tido je. Dh besar sket ni mula la kena berdodoi. Seb baik gak aku boleh bergilir ngn mak aku. Si suami xleh nk harapkan sgt sbb dia jenis senang tertidur wpon tgh pegang anak. Heh. Oh and Adele start fully bf since day 5. Alhamdulillah dia xde jaundice. Ada la sikit tapi x kena amek darah pon. And masa cucuk sebulan (32days) berat dia including baju segalalah 4.97kg. She's a healthy baby girl. Semoga berterusan begitu. Aamiin.
Cter breastfeeding pulak. Adele baru lahir dah pandai nyonyot tp cara salah. Merasalah aku sekali lg bengkak susu juga nipple luka siap berdarah. Seminggu lbh gak la aku bf Adele ngn keadaan pedih dan x selesa. Tp redha je sbb aku mmg determine giler nk susukan anak. Pastu aku perasan susu aku x meriah mcm time Safiyya dulu. Safiyya dulu kalo aku pump 7mins cmtu dh dpt 5oz belah kanan je. Kali ni 10minit lbh gak nk full. So gelabah gak la aku dok pk nk mkn supplement yg boleh bykkn susu. Aku minum milo sehari brp kali tah. Then aku mkn vcoa Treenea n minum susu mummylicious. Tp susu tu aku minum 2x je baru sbb aku pening kepala lps minum. Nnt sambung blk. So far vcoa tu mmg really works as my milk booster. Alhamdulillah. Xde la susu melimpah ruah but ok la if aku pump dpt la 6-7oz kiri kanan. Aku pump sehari sekali je janji dpt buat stock. Pemalas kan. Aku mkn vcoa mlm pg esok tu bengkak la if Adele x brp nk menyusu sgt. Adele ni mlm jarang menyusu. Dia tdo je smp aku paksa menyusu ok. Apa pon aku bersyukur sbb dpt menyusukan anak lg.
Less than a month aku akan start keje balik. Kejap je kan. Skrg tgh mencarik org nk jagakan anak2 aku. Well actually tolong ibu aku jaga. Risau ibu xleh nk handle diorg nnt. Ok lah tu je nk update.
Bye!
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment