Last kami ke Penang masa Safiyya baru 2 bulan. Setelah setahun lebih, Khamis lps aku follow encik suami ke Penang. Of course la bwk Safiyya skali mana boleh tinggal. Tak sanggup. Hari Isnin Wan bgtau ada kerja kt Penang, Selasa confirm hotel. Lepas tu baru lah aku mintak kat bos nk half day hari Khamis ngn work from home hari Jumaat.
Nasib la Wan kena g kerja kat kilang tu hari Jumaat maka boleh lah follow. Kalau hari Selasa ke Rabu mmg takla.
So kami gerak dari Rembau lps zuhur camtu. Byk kali gak stop sbb aku asek nk buang air je. Siap singgah beli Starbucks kt RnR Rawang. Jakun sebenarnya sbb kat situ boleh drive thru. LoL.
Bila dah besar byk akal ni Safiyya xde la behave sgt dalam kereta. Demand nk tgk nursery rhymes aje. iPad tu bukan ada 3g pon. Haihs.
So akhirnya kami sampai Penang dalam pukul 7 cmtu. Kami duduk Sunway Hotel Seberang Jaya. Dekat dgn Penang bird park dan Sunway Carnival Mall. Hotel ni ok not bad sbb baru refurbished. Cuma takde swimming pool dan toilet xde bathtub.
Lps dh check-in, kemas barang sementara Safiyya tido dalam stroller dia ktrg dinner dekat Victoria Station sebelah hotel. Reason sbb kami xtau nk makan apa dan kami x suka sgt nasi kandar. Haha. Pegi Penang makan VS. Lps dinner kami ke Sunway Carnival jap saja nk tgk Nandos buat delivery ke hotel tak utk aku lunch esoknya tu tp malangnya takde. Cis sangat. Sempat jugak la beli new cover for iPad. 2 tahun pakai x penah tukar cover. Lusuh dh. Haha.
Malam tu Safiyya terlalu gembira sampai x reti nk tido. Dah tutup semua lampu pon steady lagi. Sbb kesian kat suami kena kerja esok tu aku tutup tv lps tu pura-pura tido. Lps tu baru budak kecik tu tido. Haha. Masa tu 1.30 pagi.
Jumaat pagi pukul 7 lebih Wan keluar breakfast tapaukan utk aku skali. Safiyya tido sampai kol 10.30. Mmg dapat la nk makan dgn tenang. Tghari tu Wan balik kejap tapaukan lunch. Petang tu layankan Safiyya mandi rain shower sampai la daddy dia balik. Then kami semua bersiap nk ke belah Pulau.
Dalam 6 lebih cmtu kami naik feri. Aku baru tau rupanya Wan x pernah naik feri. Bagus lah anak beranak tak pernah naik. Tp lps tu dia pening. Mabuk. Haha.
Sampai je ktrg terus carik Restoran Kapitan. Actually ktrg dh penah makan dlu kt Kapitan ni tp dh lupa rasanya. So aku pon try la makan briyani ayam claypot. Wan amek Nan cheese, chicken vindaloo ngn ayam tandoori. Bg aku semua tu x berapa sedap. X boleh beat Pak Putra Tandoori Melaka. Mango lassi pon pelik mcm guna kordial. Tp ok la sbb kami lapar habis jugak. Haha. Masa ni Safiyya tido so kami dapat makan dgn tenang.
Kami takde la nk makan pasembor ke char kuey tiaw ke, mee udang ke ape sbb Wan x makan. Dia allergic. Takkan aku nk makan sorg kan. Tu yg sampai xtau nk makan apa. Nak berjalan kat area Gurney or Padang kota tu mmg takla. Panas. Kang Safiyya nk berjalan xnak pegang so kami malas. Haha. Akhirnya kami ke 1st Avenue mall sbb kami nampak Dome n Gloria Jeans Coffees. Tapi sampai je terus masuk H&M shopping baju Safiyya. X memasal Safiyya dapat 4 dress, 1 set pyjama ngn 1 hat comel. Daddy dia kata amek amek. Aku pon apa lagi. Masa aku tgk kt Sunway Pyramid xde byk choice tp kt Penang ni byk. Wan offer aku soh amek baju tp xde yg menarik.
Pastu masuk Parkson beli under garment thingy. Laki nak belanja so layan. Beli sekali diapers Safiyya. Then baru la melepak kt Gloria. Bg Safiyya mkn pasta carbonara. Beriya dia makan. Kesian lapar rupanya.
Pukul 11 cmtu kot baru gerak balik hotel. Pengsan terus semua.
Esoknya Sabtu semua bgn lambat. Safiyya dh bgn kol 6 lebih pastu tdo balik. Sudahnya terlepas hotel breakfast. Kol 10 lebih ok bangun. Nasib la ada roti,nutella ngn milo. Boleh alas perut.
Wan keluar g basuh kereta jap lepas tu. Aku kemas bag n layan Safiyya mandi sampai gigil pun xnk keluar. Kol 12 lbh camtu baru check-out.
Dah masuk kereta ktrg still tak boleh decide nk makan apa padehal masing2 kebulur gila. At last naik feri g pulau. Pukul 3 lebih baru kami dapat makan kat Batu Feringgi. Depan tropical spice garden. Ktrg suka makan situ. Aman damai je makan menghadap laut. Makan pon sedap. Aku makan char kuey tiaw, Wan makan set ikan bawal. Lepas tu singgah beli jeruk Pak ali kt Teluk Bahang x silap.
Then kami pon ke Balik Pulau dengan niat utama nk makan laksa janggus. Wan peminat laksa. Sekelip mata habis 1 mangkuk ok. Pastu mkn aku punya separuh sbb aku x habis. Haha.
Balik tu kami ikot Jambatan kedua Penang sbb dah dekat. Pukul 7 lebih baru keluar dari pulau.
Malam tu sampai Rembau kol 1 pagi.
Kadang-kadang yg takyah plan tu la jadi fun. Suami melayankan je kami anak beranak. Hehe.
Tu je la ceritanya. Till then,xoxo!
No comments:
Post a Comment