Monday, March 31, 2014

3 days

Hello Monday! Aku bangun awal harini sebab Safiyya x sihat. Lepas aku amek temperature dia pukul 440 am tadi dia terus bangun cari ibu aku. Ibu pun masukkan dalam buai. Aku dah letak towel basah siap-siap. Dah masuk ubat bontot kt KPJ tadi now ok sket dia.

So let's story about the past 3 days. I had a great times with my family and friends.
Jumaat aku cuti sebab nak lunch date with girlfriends. Wan tolong hantar sbb tayar kereta pancit sikit so risau nak bg aku drive g KL dia pon hantar. Dah alang2, kami pon ke Houses Lighting in Puchong borong lampu hiasan. Almost RM700 habis. Tp mmg murah. Kalau kt Melaka habis beribu kot.
Settled je terus g The Gardens lunch kat Sushi Zanmai. My friend's treat. Sedap! Thank you Mazura belanja kami! Oh husband tentu lah x ikot sbb kena g solat Jumaat. Heee.






After lunch ktrg g shopping kt Mango and Pumpkin Patch. Kali ni dapat duit shopping so beli la 2 top utk aku 1 cardi and 1 sneakers utk Safiyya.


Pastu pukul 4 pm suami dah call banyak kali nk pick up. Jumaat kan "jam day" tambah pulak hujan lebat. So dgn rushing leaving the girls. Takpe next time dating lg.
Pastu kami early dinner kat Tappers Cyber. Pukul 6 lebih sampai Jusco Seremban 2. Sambil tunggu our movie start at 8 pm sempat la g tengok perabot. Hehe. Ya seharian kami keluar hari Jumaat tu. We watched Captain America: The Winter Soldier. Bagi aku best je. 2 jam lbh gak. Keluar wayang at 10 ++ terus masuk Jusco belikan Safiyya mainan. Guilty tinggal dia lama-lama.
Ktrg sampai rumah at 11 pm tu Safiyya tgh active okay. Excited tgk ktrg balik kol 3 pagi baru dia tido!

Sabtu pulak semua bangun lambat. Pukul 12 lebih baru gerak g Melaka. Singgah rumah dulu nak letak semua lampu yg penuh 1 kereta. Then pergi amek tiles yg dah order dekat 2 weeks. Finally! Hujan lebat gak haritu so mmg most of the time duduk dalam kereta je. Lps tu ktrg pegi tukar tayar dan rim kereta. Not in the plan pon tp suami kata dh lama teringin nk tukar. Gituuu. Lama wei dok dalam kereta je sbb Safiyya tido. Settled je terus gerak blk rumah jap drop tiles then baru g Seremban for family dinner. Dinner was at 8 pm dekat City Park Oriental Restaurant Seremban 2. Thank god mmg akak aku dh booked awal. Punya la ramai org sampai sanggup tunggu berdiri lama.






Look at those foods. Alhamdulillah sedap!

Ahad, after our heavy breakfast kami ke Melaka lg. Dgn aim utama nk beli down light and kipas. Tp Safiyya lena pulak tido sampai aku lapar. Terus ajak suami g makan dulu. So we lunch at Wong Solo sebelah Mahkota Parade. After lunch pergi shopping sket. Aku mmg nk beli gym shoes sekali ngn track bottom. Konon start April nk pegi gym. Dh register pon. Hope istiqamah la aku nk bersenam. Amin. X memasal gak la beli swimming suit utk Safiyya just because it's on 50% less. Hehe. Kena selalu la bwk pegi mandi kt pool cmni.


Oh and that Crocs shoes, asalnya encik suami dh janji ngn anak dia nk beli. Mcm la budak tu fahamkan. Haha. Sebab ada 50% less utk "pick me" tag aku pn terus beli sepasang. Safiyya punya 40%. Ok sangat kan.
Lps dah take away Starbucks, terus kami ke kedai lampu balik. And we are now settled on this part. Semua lampu dan kipas dah lengkap. Lepas ni fokus bilik pulak. InsyaAllah.







Mlm pulak groceries shopping almost 3 jam dekat Mydin. Nasib baik Safiyya tido lama. Dapat la memilih dgn tenang. Then dinner dekat Burgerbyte MiTC. Lps tu terus balik. Smp rumah Wan yg perasan badan Safiyya panas. Huhu.

Wah what a long story. Heee. Please pray Safiyya cepat sihat ye.
Till then, xoxo!

Wednesday, March 26, 2014

Wordless Wednesday : Our first furniture






- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 24, 2014

Penang quick holiday

Last kami ke Penang masa Safiyya baru 2 bulan. Setelah setahun lebih, Khamis lps aku follow encik suami ke Penang. Of course la bwk Safiyya skali mana boleh tinggal. Tak sanggup. Hari Isnin Wan bgtau ada kerja kt Penang, Selasa confirm hotel. Lepas tu baru lah aku mintak kat bos nk half day hari Khamis ngn work from home hari Jumaat.
Nasib la Wan kena g kerja kat kilang tu hari Jumaat maka boleh lah follow. Kalau hari Selasa ke Rabu mmg takla.

So kami gerak dari Rembau lps zuhur camtu. Byk kali gak stop sbb aku asek nk buang air je. Siap singgah beli Starbucks kt RnR Rawang. Jakun sebenarnya sbb kat situ boleh drive thru. LoL.
Bila dah besar byk akal ni Safiyya xde la behave sgt dalam kereta. Demand nk tgk nursery rhymes aje. iPad tu bukan ada 3g pon. Haihs.



So akhirnya kami sampai Penang dalam pukul 7 cmtu. Kami duduk Sunway Hotel Seberang Jaya. Dekat dgn Penang bird park dan Sunway Carnival Mall. Hotel ni ok not bad sbb baru refurbished. Cuma takde swimming pool dan toilet xde bathtub.






Lps dh check-in, kemas barang sementara Safiyya tido dalam stroller dia ktrg dinner dekat Victoria Station sebelah hotel. Reason sbb kami xtau nk makan apa dan kami x suka sgt nasi kandar. Haha. Pegi Penang makan VS. Lps dinner kami ke Sunway Carnival jap saja nk tgk Nandos buat delivery ke hotel tak utk aku lunch esoknya tu tp malangnya takde. Cis sangat. Sempat jugak la beli new cover for iPad. 2 tahun pakai x penah tukar cover. Lusuh dh. Haha.
Malam tu Safiyya terlalu gembira sampai x reti nk tido. Dah tutup semua lampu pon steady lagi. Sbb kesian kat suami kena kerja esok tu aku tutup tv lps tu pura-pura tido. Lps tu baru budak kecik tu tido. Haha. Masa tu 1.30 pagi.






Jumaat pagi pukul 7 lebih Wan keluar breakfast tapaukan utk aku skali. Safiyya tido sampai kol 10.30. Mmg dapat la nk makan dgn tenang. Tghari tu Wan balik kejap tapaukan lunch. Petang tu layankan Safiyya mandi rain shower sampai la daddy dia balik. Then kami semua bersiap nk ke belah Pulau.
Dalam 6 lebih cmtu kami naik feri. Aku baru tau rupanya Wan x pernah naik feri. Bagus lah anak beranak tak pernah naik. Tp lps tu dia pening. Mabuk. Haha.






Sampai je ktrg terus carik Restoran Kapitan. Actually ktrg dh penah makan dlu kt Kapitan ni tp dh lupa rasanya. So aku pon try la makan briyani ayam claypot. Wan amek Nan cheese, chicken vindaloo ngn ayam tandoori. Bg aku semua tu x berapa sedap. X boleh beat Pak Putra Tandoori Melaka. Mango lassi pon pelik mcm guna kordial. Tp ok la sbb kami lapar habis jugak. Haha. Masa ni Safiyya tido so kami dapat makan dgn tenang.


Kami takde la nk makan pasembor ke char kuey tiaw ke, mee udang ke ape sbb Wan x makan. Dia allergic. Takkan aku nk makan sorg kan. Tu yg sampai xtau nk makan apa. Nak berjalan kat area Gurney or Padang kota tu mmg takla. Panas. Kang Safiyya nk berjalan xnak pegang so kami malas. Haha. Akhirnya kami ke 1st Avenue mall sbb kami nampak Dome n Gloria Jeans Coffees. Tapi sampai je terus masuk H&M shopping baju Safiyya. X memasal Safiyya dapat 4 dress, 1 set pyjama ngn 1 hat comel. Daddy dia kata amek amek. Aku pon apa lagi. Masa aku tgk kt Sunway Pyramid xde byk choice tp kt Penang ni byk. Wan offer aku soh amek baju tp xde yg menarik.
Pastu masuk Parkson beli under garment thingy. Laki nak belanja so layan. Beli sekali diapers Safiyya. Then baru la melepak kt Gloria. Bg Safiyya mkn pasta carbonara. Beriya dia makan. Kesian lapar rupanya.
Pukul 11 cmtu kot baru gerak balik hotel. Pengsan terus semua.




Esoknya Sabtu semua bgn lambat. Safiyya dh bgn kol 6 lebih pastu tdo balik. Sudahnya terlepas hotel breakfast. Kol 10 lebih ok bangun. Nasib la ada roti,nutella ngn milo. Boleh alas perut.
Wan keluar g basuh kereta jap lepas tu. Aku kemas bag n layan Safiyya mandi sampai gigil pun xnk keluar. Kol 12 lbh camtu baru check-out.

Dah masuk kereta ktrg still tak boleh decide nk makan apa padehal masing2 kebulur gila. At last naik feri g pulau. Pukul 3 lebih baru kami dapat makan kat Batu Feringgi. Depan tropical spice garden. Ktrg suka makan situ. Aman damai je makan menghadap laut. Makan pon sedap. Aku makan char kuey tiaw, Wan makan set ikan bawal. Lepas tu singgah beli jeruk Pak ali kt Teluk Bahang x silap.
Then kami pon ke Balik Pulau dengan niat utama nk makan laksa janggus. Wan peminat laksa. Sekelip mata habis 1 mangkuk ok. Pastu mkn aku punya separuh sbb aku x habis. Haha.
Balik tu kami ikot Jambatan kedua Penang sbb dah dekat. Pukul 7 lebih baru keluar dari pulau.
Malam tu sampai Rembau kol 1 pagi.






Kadang-kadang yg takyah plan tu la jadi fun. Suami melayankan je kami anak beranak. Hehe.
Tu je la ceritanya. Till then,xoxo!

Monday, March 17, 2014

My weekend

Last weekend mmg aku x keluar duit. Sbb dh puas shopping haritu kt Sunway Pyramid. Padehal duit tinggal sket je.haha. So Sabtu haritu g tengok kwn Wan buat wiring kt rumah, beli downlight ngn kipas utk living room dan beli tiles untuk dinding dapur. Tp pre-order. Rabu or Khamis ni baru dapat kot tiles tu.
Aku cakap kt Wan buat part by part sbb duit x brp nk byk. Bab kitchen mmg dh ada budgetnya. Cuma progress tu slow sket. Anyway, kami dh ada jiran kiri,kanan dan belakang rumah. Semua dh pindah masuk. X sabar gak nk pindah tp paling cepat pon maybe tengah tahun ni.

Sebelum start membeli barang, lunch dulu nasi ayam special kat Bachang tp aku mkn nasik goreng ayam.haha.
Dinner ktrg melantak kt Pak Putra Tandoori. Sedapnyaaaaa.






Hari Ahad duduk rumah je seharian. Aku suruh Wan g uruskan hal rumah sorg. Safiyya skrg tgh aktif penat nk handle. Kang mana nk uruskan rumah nk uruskan dia lg. So aku decided to stay. Lunch aku masak sambal sardin ngn telur dadar. Mlm je Wan bwk ktrg dinner kat asam pedas claypot depan wet world Pedas. Sedap gak.

So that was my weekend. How about you?

Till then,xoxo!~

Wednesday, March 12, 2014

Husband's birthday

Lupa aku nk update birthday celebration encik suami. Cerita lama pon 21st Feb haritu. Few days before tu ktrg ada fight psl cake for birthday celebration. Dia mcm tau yg aku akan belikan dia cake so dia ckp awl2 x payah beli. Kalau boleh dia nk aku masak je. Haha mcm susah sikit nak masak sbb aku keje so penat. Alasan sgt. Lgpon aku mmg dh order cake kt kwn aku so aku teruskan jugak plan nk celebrate.

Pagi hari kejadian, aku whatsapp-ed akak aku mintak dia belikan satay. Aku teringat yg laki aku dh byk kali ckp teringin nk makan satay. Pastu abg ipar aku pon x pasal nk sponsor dominos pizza nk sambut sekali birthday anak dia. Ok sgt. Aku pon plan nk buat spaghetti aglio olio sekali bila ramai nk join aku mintak akak aku buatkan mee kari. Aku pesan kt husband jgn balik lambat sgt and pastikan perut mmg lapar. Dia sebok tanya masak apa. Aku cakap je "i order mee kari". Haha. Mesti dia kecewa kan.

Haritu jugak aku balik awl. Biasa la Jumaat hari ikot suka. Aku g pick up cake kat lili and terus balik Rembau. Set up apa yg patut. Mmg aku buat semua. Prepare barang nk masak mee kari segala. Hasilnya.....















Terkejut laki aku tgk makanan byk gila. X sangka dia meriah. And he loves his cake! Xnak cake konon. Siap mkn 2 ketul. Haha. Happy belated birthday husband! Love love love u till jannah!aawwww!


p/s: Raspberry cheese brownies yg sedap itu boleh order dkt fb littleshoplots. Dijamin puas hati :)

Till then,xoxo!

- Posted using BlogPress from my iPhone