Tuesday, August 19, 2014

Back again!

Haluuuu!! Almost 3 months tinggalkan blog ni. Byk perkara berlaku during that period. Dan paling utama adalah i'm pregnant. Yeah. Previous posts aku byk emo siap kata late period, end up mmg aku pregnant pon. Hahah. Rezeki tak dijangka. Syukur alhamdulillah.
So nk citer lah camne leh find out psl 2nd pregnancy ni. Mulanya mmg period dh lambatlah. Tp aku rasa mcm tak kot. Maklom la cycle x normal. Lps tu mlm tu aku rasa tak sedap badan, rasa nk muntah. Terus whatsapp hubs soh dia beli upt kit yg murah je. Dia pon beli la yg cap watson tu rasanya.
Pagi tu 1st wee wee terus la buat test. Terus dan dan tu gak double line. Terang. Takyah tunggu. Aku masa tu happy kejap then nk nanges. Aku terus fikir Safiyya. Kesiannya dia kena kongsi kasih sayang lps ni.Pastu terus kejut hubs bgtau dia. Dia senyum kiss lps tu tido balik. Boleh? Haha. Aku terus takleh tido dan tgk je Safiyya sambil nanges.

Esoknya tu terus aku loya. Sabar je la. Lps tu aku g klinik saje nk confirmkan. Buat same test and mmg confirm double line. Ikut kiraan doctor masa tu dh 5 weeks. Bayi anniversary kot. haha. Dan bermula la 1 whole day pregnancy sickness since that. Tak lalu makan. Boleh minum air mineral je. Tu pon muntah gak. Cuma skrg dh much better. Takde dah nk muntah lebih 10x sehari, baring tepi baldi, admitted hospital 2x masuk air. Cuma masih memilih bab makan dan still takleh bau masakan. At 12 weeks berat aku turun total 10kg. Gynae risau gila tp alhamdulillah scan baby sihat dia. Mommy je teruk.
Masa 1st day raya aku boleh nk pitam. Lambat makan kot. Seb baik x pengsan. Time raya ni mmg aku x enjoy sgt mkn. Sedih tgk lauk sedap2 tp x lalu nk makan.

Bab Safiyya pulak masa awal2 aku mmg takleh ngn dia. Bau pon xleh. Lps tu asek nk mengempeng. Lg kuat dia nk df lg kuat aku rasa nk muntah. So dia start tdo mlm dlm buai. Ibu ngn hubs jaga. Mengamuk wei dia masa mula-mula tu. Ada 1 time tu mmg peak la, dia mengamok sbb nk direct feed tp aku x bg. Dia mengamuk sakan. Husband yg penyabar tu pon boleh marah ok. Aku smp cakap kt dia "u jgn marah dia,i je leh marah". Haha. Masa tu aku mmg rasa nk muntah. Hubs g amek asam jawa soh aku letak kt n*pple lps tu aku bg safiyya bf. 3x gak dia cuba hisap sambil tersedu2. Hoi aku menangis2 tgk. Sedih giler ok. Tp since that Safiyya dh kurang nyusu. Still bf tp dh kurang. Tido malam pon x mengempeng. Hope nnt dia taknak ngn sendiri lah. Tak perlu aku letak benda bukan2. Kesian dia pulak.
Lps tu skrg mmg super clingy. Kalo dia nk membebel pon mmg dia akan hadap muka aku soh dgr apa dia ckp. haha. Hubs selalu gelak tgk lps tu ckp "ngn i dia x buat cmtu pon". Safiyya mmg x berapa sgt ngn daddy dia. Apa2 hal pon cari "mimi". Kadang2 aku terfikir camne lah nnt adik keluar. Harap Safiyya tak buat perangai lah.

So skrg aku dh 18 weeks. Loya still ada lg. Takleh lambat makan. Selalu gak pening2 tp ok la dh boleh buat kerja rumah,kerja office sikit. Hope terus ok lah. Tak sabar nk settlekan hal rumah yg pending since aku pregnant. Kalau tak dh boleh buat open house tahun ni. Ecewah. Ok la takde gambar sbb malas nk transfer. Haha. Till then, daaa!

1 comment:

  1. congratz dear! kite serupa..18w already for 2nd baby :)

    ReplyDelete