Well harini xde la feeling Monday blues pon tapi my outfit today mmg all blue. haha. Except kasut ngn handbag je. Siap ada member kat office tegur, "wow,umi all blue today. cun". Yg belakang je nk highlight. Wahaha.
Last weekend mmg sempoi. Aku dh semat dlm otak duduk rumah je sbb mmg dah takde duit nak berjimba ke apa. Maklum lah aku ada buat beberapa pembelian atas talian ni. Tu baru utk aku. Belum lg beli utk anak-anak. Sabtu balik rumah mak mertua kt Umbai. Aku ajak mak pegi Jakel cari border lace since laki bg green light. Aku aim yg murah je la wpon sebenarnya aku takde idea berapa harga border lace semeter. Maklom lah first time. Ada je yg murah RM15/M, RM20/M tp mak cakap x molek. Senang tercarik la, berbulu la. Lastly settled ngn border lace yg siap bermanik bagai. RM48/M. Nak pakai almost 2M. Pastu mak siap soh cari lg warna lain utk matching ngn baju. Oh border lace ni aku nk tampal kat baju nak pakai masa wedding adik aku bulan 5 nnt. Kakak aku g borong semua plain. All those 3 colors. Tu yg aku nk patch lace bagai tu. Hope the outcome memuaskan hati.
Lps tu laki tunjuk 1 kain satin yg dia suka warnanya. Aku tanya nk buat apa. Dia kata utk raya lah. Seingat aku sebelum ni dia yg cakap xyah beli lg dah baju raya. Recycle je baju yg pakai utk wedding adik nnt. Means dia mmg sukalah kain tu. Ada 2 warna. 1 plum, 1 mcm dark champagne. Aku suka dark champagne tu dan mak pon sokong. So beli la utk kami berempat. Siap beli prada lace nk patch kan nnt. Amboi sgt. Kumpul je la duit nk byr kat tailor nnt.
Oh budak-budak ni xde la memberi sgt kerjasama semasa sesi pemilihan lace. Safiyya ok la buat hal dia main celah kain. Si adik xnak tido dlm stroller. Padehal mengantuk. Dia nak aku dukung dia ok. Mengada sgt. Tp SA teka dia 4 bulan sbb besar. haha baru 2 bulan 2 minggu budak kecik tu. Dah nk bayar baru dia tido tu pon setelah aku dodoikan dia.
Ahadnya lak bgn awl sbb Adele bgn awal. Kol 8 lebih dh bgn sbb memerut. Laki tido luar, dia whatsapp aku bgtau paperbag Jakel yg ktrg beli smlm tu tinggal kt Umbai. Aku pon ajak la terus breakfast luar. So ok la plannya ambil kain kami kt Umbai dan pegi breakfast. Takde la kami anak beranak mandi. Tukarkan pampers diorg je dan aku cuci muka gosok gigi. Laki je mandi tp dia pakai seluar 3/4 dia tu je la. Mmg comot lah kami. Sekali dah settle amek barang dan breakfast ktrg ke Parkson Mahkota Parade. Sbb ayah dh berminggu pesan belikan spenda dia.
Turn out kami bershopping sakan ok. Mula-mula nampak Wacoal ada sale. Bygkan paling murah bra RM39. Ada pulak size. Laki soh tgk2 kalau ada yg lain. Settle siap beli spenda skali.
Pastu laki nk carik boxer dia lak, tersinggah kat Lacoste. Murah kot. Kami pon rembat sepasang kasut sorg. Mcm dah cakap awl tadi aku mmg xde duit nk berjimba maka laki belanja semua lah. Yiehuuu. Biasa je pon kasut dia tp aku nk pakai g keje. hehe.
Pastu lalu area budak-budak. Nampak levis ada sale. Aku mmg dh lama nk belikan Safiyya legging Levis. Skali on 50% sale. Beli sekali utk adik. T-shirt amek OshKosh ada sale 60%. Then belikan Safiyya kitchen set. Reason laki beli sbb dia tgk Safiyya main cousin dia punya mcm excited lah. Sekali excited 5 minit je lepas pasang then terbiar sepi je benda tu. Haha.
Then total resit ktrg dpt voucher RM30 yg expired in 1 week. Laki g beli t-shirt. Haha lengkap semua.
Otw nk g hantar barang kt kereta, aku singgah Kitchsen lalu tersuka 1 palazzo ni. Mintak laki belikan ngn alasan nk pakai g office. heee.
Balik rumah baru mandi beriya. HAHA. Buruk kan perangai. Laki dok cakap bukan org tau. Yeah ni aku bgtau. Tp kami x busuk ok. haha. Org tgk kami agaknya mesti kesian. Dh la masing-masing pakai buruk, beli barang semua yg on sale. Ktrg pegi tgk Nissan Xtrail yg baru kt lobby MP tu tp SA tu pandang laki aku atas bawah. Mmg x layan dia ok.Bengang je dia. Terus malas nk tgk details dah.
Mlm tu dinner kat luar. Adik ok je skrg ni bangsa nak duduk berpangku/berdukung ngn aku. Xnk dh dok stroller. Smp rumah lak bergadoh ngn dia susah sgt nk tido. Masukkan je dlm buai. Settle. Aku nk kena lipat baju sebakul penuh padat kot. X koser nk buat bila start keje nnt. So itu lah cerita last weekend kami. Lps ni tggu la bln dpn kalo nk membeli lg. Tp aku xleh la. Adik nk kawen ni aku nk kena byr handbouquet,inai,deco dia sikit mcm bedside table,guestbook table ngn table centerpiece. Semoga cukup lah semuanya. Ok bye!
No comments:
Post a Comment