Wednesday, October 29, 2014

Cerita dah basi

Tetiba rasa nk update hal bercuti ke Singapore 2 minggu lps hari raya puasa yg lalu. Haritu takde kudrat nak update so lupa terus.

Ok kisahnya aku ngn Safiyya ikot Wan ada kerja kt Singapore. Nak pergi saja2 jgn haraplah. Kat sana mana ada yg murah. Btw, mak mertua pon ikot masa tu sbb nk beraya rumah sedara mara kat sana. Lama x jumpa.

Duduk la kami 1 bilik di hotel Royal Plaza on Scotts. Kami sampai tgh malam Ahad pastu rezeki dpt upgrade bilik. Luas la jugak. Ada bathtub. Katil king size. Ada coffee machine. Internet free up to 4 devices. Toiletries mcm shower gel/syampoo loccitane ok. Wangiiii. Tak dan nk amek gambar masa tu sbb smp tgh mlm. Lgpon segan lah ngn mentua aku cm gayat je kan nk snap sana sini. Lol.
Segala air dlm fridge boleh amek xyah bayar. Oh ni first trip Safiyya on pasport. Lihatlah rupa dia yg x bagi kerjasama ni.



Hari Isnin sampai Khamis kami duduk bilik most of the time di siang hari. Laki g kerja. Sbb masa tu aku still x larat nk berjalan and still meloya nak muntah. Ktrg try la g mall depan hotel on Monday tu. Jauh gak menapak smp aku rasa nk jatuh. Seb baik ada bwk plastic dlm bag. Terus muntah. Kesian kt mak mertua la masa tu sbb dia nk survey corelle x senang hati.

Malam baru pergi beraya rumah sedara mara. Dapat gak la makan beriyani ngn murtabak zamzam. Cuma Wan x sempat makan sup tulang merah dia tu.






Hari Rabu kot x silap kwn aku yg mmg dok Singapore dtg hotel. Lepak kt bilik je sbb aku kan x larat nak berjalan jauh. Masa tu pon aku still xde selera makan sgt. Lama x jumpa member aku ni since zaman Uni.









Last day kat Singapore baru ktrg shopping sikit. Quick shopping. Tu pon kt sebelah hotel je. Best hotel ktrg duduk ni. Sebelah mall, dpn mall. Tinggal ada duit ke tak je. Haha. Mak beli corelle. Wan belikan aku 1 set handbag with purse kt dkny. Aku beli perfume. Safiyya x dpt pape sbb daddy dia dh belikan byk baju masa kt Dubai 1 week earlier. Hehe.


















Sharp 12 pm kot ktrg check out n g beraya rumah kwn Wan. Lps tu baru keluar from Singapore. Overnight kat rumah sedara Wan kat JB. Ingat nk stay hotel over the weekend skali pg subuh Jumaat tu kak ipar called aku bgtau rumah mak kt Umbai banjir. Jumaat tu gak ktrg balik tp sempat la beraya few rumah sedara mara diorg. Hehe.
Ok tu je la ceritanya. Mmg dh basi sgt ni.

Till then,bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment