Sunday, December 1, 2013

Tentang kek & lunch mahal

Morning! Terasa nk update blog harini so nk cter psl birthday cake aritu dgn lunch mahal.
Alhamdulillah abg aku ckp choc cake tu habis tp abg aku komen choc luar tu keras sket. Dia suka yg cair. Aku fikir cmne nk letak coklat cair atas cake board tu. Sbb bila meleleh nnt comot. Mmg kena g kelas baking la. X pandai!












Hari jumaat masa lunch break aku g HP Tower Damansara ada hal sket kt payroll. Oh rindu giler tmpt tu. 3 tahun kat situ dari start kerja dan 3 tahun jugak dh tinggalkn tmpt tu. Rindu makan kt food court wpon nnt lps tu baju berbau. Hehe.
Kebykn kedai mkn dulu still ada lg. Ayam cyber, abg nasik goreng ayam, kuew tiaw goreng, mamak megi goreng semua ada lg. Makcik sambal sotong pn ada tp mahal ya rabbi.


Yg aku mkn kat atas tu rm11 tak masuk air ok. Sambal sotong, sambal ikan keli, sayur masak air, cili kicap. Kat Cyber pn x mahal cmni. Rasa pun x mcm dulu dh. Tp yg best pakcik air nescafe ais ingt aku lg. Siap kata aku gemok. Huhu. Ada bgsnya jugak pindah Cyber kan. Leh jimat duit makan dan duit parking.


K bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment