Monday, October 29, 2012

Kenduri Aqiqah S&A

Raya haji 26th oct aritu ktrg buat kenduri aqiqah safiyya ngn amsyar anak kteh aku. Siang tu korban lembu kt rumah then mlm solat maghrib,selawat sambil usap kepala both babies then solat isya'. Mak ayah aku x expect ramai org dtg sbb raya hajikn mesti ramai beraya kt rumah tp alhamdulillah ramai gak dtg. Abes gak doorgift. Lauk masak sendiri and ada gak upah org utk masak lauk kari daging. Ada ayam berempah,sambal kentang ngn tempe,perut masak lemak cili api,kari daging,sup tulang ngn sayur campo.
Org melaka belah laki aku pon ramai dtg. Eksaited nk tgk baby. :)

Mlm tu jugak aku ada buat buaian berendoi tp aku sewa sbb saje nk begambar.bole?haha. Xde plan pn nk buat asalnya sbb aku bkn ada marhaban ke ape tp adik aku jumpa lilchemz buaian berendoi kt website cerita negeri. Dia tgk cantik n harga mcm murah sbb pakej promo. Masa tu 2 hari sblm kenduri. Aku pm diorg kt fb tanya free x on 26th dan mmg rezeki aku diorg mmg available n otw nk blk kg which is dkt je ngn rumah aku. Hari khamis dtg trus pasang. Aku suka. Harga murah rm150 je. Safiyya pon sgt behave dok diam je dlm buaian tu. maybe die feeling2 princess.hihi.. Dr masa pregnant lg berangan nk buat buaian berendoi ni. Syukur dpt gak buat utk Safiyya.

Baju safiyya mlm tu given by my kak ipar. Aku dh siap beli warna white pink tp skali nmpk dada. Takut dia sejuk. Seb baik kak ipar bg bju anak dia yg dh x pakai. Rezeki Safiyya.

Doorgift pulak aku bg buku yasin ngn muffin. Personalized brown paperbag,doily paper ngn love clip order kt Aqish Collections. Aku sgt suka. Comel. Sbb order bwh 100 so mahal sket la harga sekeping paperbag tu.

Btw,ada tema bagai ok kenduri aqiqah ni. Biru pink sbb skali ngn anak kteh aku. Tu yg buaian tu byk kaler biru. Heh.
So esok harinya tu aku ngn laki bwk Safiyya g botakkan kepala. She is now botak tp semakin adorable. Mesti la puji anak sendirikn.haha. Jom layan gmbr yg x brp cantik ni. Anak buah yg snap.zasss!

























Till then,xoxo!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, October 28, 2012

Safiyya buli mommy

Smlm bwk Safiyya kuar g jusco bandaraya melaka. Nk beli pampers.
Smp je Jusco dia poo poo. Fine maka g la toilet tuka pampers. Aku lak xtau ktne baby/nursing room kt jusco ni. Leceh! So aku tuka je kt atas meja makeup room tu. haha. Then aku ltk la die dlm stroller, terus nanges ngamok tu okeh. 1st time die mrh. haih. aku dukung siap tdo. ltk die mrh. adei. Tabah la aku dukung die jln2 dlm jusco tu.

Pegi mom's care beli sabun mandi buds ngn mainan Safiyya. Aku lak eksaited tgk mainan tu. haha. Mahal gak kan toys for babies. Hmmm..
Pastu g lunch kt papa john. Time ni ok la. nk gak Safiyya dok kejap dlm stroller.
Lps mkn g beli pampers ngn brg rumah sket. Jusco murah la sket compared to tesco. Drypers S58 rm29.90. Tp ktrg beli mamypoko. S72 rm41. Laki aku ckp murah.

Masa ni la Safiyya nanges lg dok dlm stroller.aih.dia berak lg rupanya. seb baik masa ni adik ngn laki aku dh sudah byr. So naik tgkt 2. Seb baik ada babyroom. Pastu trus beli 2 gift set utk kwn aku yg baru bersalin. Settle tu g lak beli brng aku. Asalnya nk beli cleanser clinique tp tetiba rasa nk try clarins. Amek je travel size. X putih lps ni xtau la.hahaha.
Pastu rasa cm nk beli perfume tp versace vanitas tu xde yg botol 30ml. Xpelah jimat duit.

Balik tu tapau cake ngn air kt coffee bean. Masa laki aku singgah petronas Safiyya berak lg. Mmg dia buli aku la smlm. haha. Kt kol 8mlm gak ktrg smp rumah. Aku dh risau sbb 1st time bwk Safiyya kuar smp mlm. Alhamdulillah dia ok x meragam mlm td. Lps ni leh la g jln lg. yeay!









Till then,xoxo!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 22, 2012

Cerita semalam

Oh sejak ada anak ni,x terupdate blog.eceh! Buat masa skrg ni x byk sgt story as im still in confinement mode. The good news is, lg 3 hari which is thursday aku abes pantang. Wiehuu! Mcm la aku pantang beriye kan but still aku pantang ais,seafood and pakai socks. Aritu aku lps gak kuar bwk safiyya g jusco mkn kfc. Then mlm tu safiyya meragam. Menyesal bwk die kuar. Mengada sgt kan x abes pantang lg tp nk gak bwk anak berjalan.

Progress safiyya, today dia dh 41 hari. Dah pandai nk mskkn tgn dlm mulut, senyum2 bila org agah n borak2 ngn dia. Badan dh makin semangat. Naik lenguh tgn bila menyusukan dia. Oh and my baby pn dh sunat smlm. Buat kt bidan kg je. And safiyya is one strong baby. Nanges kejap je then ok. Hehe.

Smlm gak aku kuar ngn laki aku nk beli lauk so tggl la Safiyya jap kt umah. Aku dh bg nenen siap2 la and masa aku kuar tu die tgh tdo. Bekalan susu pon ada cuma aku br ajar die pakai botol skali je tp aku pk2 xpe la cuba tgglkan die ngn ibu jap. Akak aku pon ada masa tu. Ada la dlm sejam stgh aku kuar. Smp je umah aku tgk akak aku tgh tenangkan safiyya. Akak aku ckp die mengamok. X penah dgr safiyya nanges cmtu since lahir. Meleleh air mata okay. Aku trus amek n bg susu. Smp sedu sedan anak aku. Huish sebaknya. Trus la aku fikir cmne nk tgglkn dia 12 jam masa aku kerja nnt. Tak sanggup aku tgk/dgr dia nanges. Hmm ada lg 19 hari je nk ajar dia ni.
Kejap je dh nk masuk kerja blk. Bosannya! Tp kang x keje mana nk dpt duit beli brng keperluankan. Maka marilah tabahkan diri.

Ni gmbr safiyya smlm. Dress daddy belikan kat tganu. Selipar dora, makngah dia bg. Comel je kan?hehe.



Till then, xoxo!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 16, 2012

Cucuk sebulan

Today my baby is 35 days old. Cpt je kan tp still aku x habis lg pantang. *sigh*
And harini jugak appointment ngn klinik kesihatan rembau for Safiyya 1st month jab. Encik suami pegi training kt k.tganu maka cousin aku la teman. Kol 8 pg dh tercongok kt klinik. Tak ramai pn org lg but still registration process amatlah lembap.

Then 1st thing nurse timbang berat,ukur lilit kepala n tinggi Safiyya. Kena la bukak baju semua. Berat Safiyya now dh 4.1kg. Alhamdulillah sihat anak mommy.
Lps tu aku kena g amek darah n urine. Cousin aku la tlng uruskan Safiyya. Seb baik dia yg ikot. If laki aku konfem dh panic. Haha. Dia mana reti lg nk pakaikan baju Safiyya.

Lps tu trus msk bilik nk cek aku and tanya psl family planning. As usual aku x decide lg nk amek apa. Masa ni lak Safiyya poo poo dan nk nenen. Cousin aku tlng tukarkan diapers dia. Then pegi bilik vaksin utk cucuk Safiyya. Nurse soh bg susu dlu sementara dia nk prepare brng nk cucuk. Lgpon Safiyya dh merengek2. Sian. Masa nk cucuk aku soh cousin aku yg pegang sbb aku x smp hati tgk anak aku kena cucuk. Dia nangis kejap la mebi sbb terkejut. Pastu stop. Tp air mata meleleh ye. Sentap aku tgk sbb x pnah lg die meleleh air mata ni. Huhu.
Dh sudah cucuk tu tunggu lak turn nk jumpa doc. Doc nk check baby. Alhamdulilah sume ok. Safiyya sihat. Maka teruslah pulang ke rumah. Xde pulak doc bg ubat demam ke apa. Hope Safiyya x demam tp aku akan monitor la.

Safiyya now suka berpegang/peluk waktu siang. Bila letak dlm cradle mula la terjaga,terkebil2. Tdo x lena. Mlm lak masih lg berjaga every hour tp bkn nk nenen pn tp menggeliat mcm nk nanges.hehe. Nk alih tgn pn merengek2. Ngade taw. Seb baik x mntk kena dodoi mcm waktu siang. Kalo x sure aku pitam. Semoga abes pantang nnt cik Safiyya boleh tdo lena spnjg mlm. Heee.. Apa lg eh? Oh btw berat aku turun sekilo je. Skrg 59kg. Lg 4kg dpt berat sblm kawen. Yeah.

InsyaAllah nx week masa raya haji,aku buat kenduri aqiqah utk Safiyya dan Amsyar anak kteh aku. Takde cukur jambul sbb tu bkn adat kite bak kata ibu aku. Plannye nnt selawat n usap kepala bayi berdua tu. And aku pon dh prepare doorgift. Kpd kwn2 yg mengenali diri ini sudi2 la dtg rumah masa kenduri 26th oct nnt ye. Lps isya' insyaAllah.
Ok lah jom layan gmbr Safiyya my sweet lil angel.













Till then,xoxo!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 1, 2012

Update rojak

Alhamdulillah my baby now dh masuk 20 hari. Lama lg weh nk abes pantang 44 hari. Gahh! Td nurse kk dtg timbang Safiyya. She's now 3.9kg. Alhamdulillah. Aritu aku dh bwk Safiyya kuar. Actually aku ada appointment ngn gynae. Memandangkan Safiyya setakat ni fully breastfeed takkan la nk tgglkan diakan. Pening ibu aku nk jaga nnt. So aku bwk la skali ngn bertawakal supaya dia senang diuruskan. Syukur dia mmg suka naik kete and dok dlm ekon. Tdo jee. Nanges je sumbat susu. Sambung tdo blk. Eh tp baby dlm hari mmg cmtu kn?hehe.Back to appointment story, just nk check luka jahitan tu and tanya update 2 weeks after bersalin then set up next visit lg 6 weeks for pap smear and family planning. Yg luka jahit tu dh ok. Benang pon dh x nmpk sgt. And my gynae sgt seprais melihat diriku. "awk nmpk sgt sihat la.cpt betul kurus".hihi. Ya berat aku skrg turun 12kg. Target nk dpt berat sblm kawen. Ewah!

Kisah pantang pulak, seriously x pantang beriye. Ibu aku jenis x pantang masa dia dlu cuma pesan jgn lupa pakai stokin. Aku just x minum benda berais kecuali skali minum air epal sejuk tanpa ais aritu, x mkn benda yg angin n gatal dan pakai stoking all the time kecuali nk mandi n kencing la. Xde rutin tetap sbb depends on my baby. Tp ikot jadual skrg Safiyya akan bgn start 6pg smp la waktu dia mandi. Ibu aku yg mandikn dia. Aku masih lom berani nk mandikan die.huhu. Then dlm kol 9pg tdo blk. Lps tu br la nk buat apa yg patut. Slalunye bekpes milo panas n nasik lemak. Pakai bengkung pn ikot mood. Tu pn bila ibu dh bising. Mandi pg ibu buatkn air pandan. Suam2 gitu. Herbal bath tanamera tu br guna skali.heh. Bertungku guna yg jenis letrik tu buat sendiri masa 1st week. Berurut ngn wan bidan lak 3 hari berturut start hari ke-6. Masa 1st day urut tu wan bidan ckp rahim aku dh cantik. Dh nk kecut. X sengkak pn. Masa 1st day ni la urut skali breast aku yg tgh bengkak susu. Alhamdulillah hari tu jugak la aku dpt breastfeed Safiyya. X pakai susu formula dh.

Sebut psl bengkak susu,hari ke-4 lps bersalin br start sakit. Mmg horror gila bila susu x kuar. Lps tu jenis inverted nipple, Safiyya mengamok x dpt hisap. Uish bila ingt blk mmg nightmare. Nk pam,pam tggl kt rembau. Masa tu aku ada kt umbai sbb kt rembau xde org nk jaga aku. Ayah aku msk hospital. Masa ni lak 1st time aku ngn Safiyya. Means fully jaga dia. 3 hari sblm tu kan die kena warded. Aku tgk die menangis sbb lapar and x dpt susu dr aku trus aku pn menanges skali. Aku almost give up ok. Nk bg dh pakai botol. Tp sume brng2 ade kt rembau. Kak ipar aku dr kl bwk blk breastpmp die. Gigih la aku pump mlm tu wpon dpt 1oz je. For one whole night aku,laki aku ngn mak mertua aku x tdo. Begilir jaga Safiyya yg asek nanges. Mmg aku rasa loser gila time ni. Ktrg bg die susu frisolac guna syringe. Huhu. Skrg alhamdulillah, lps urut tu susu aku cukup utk my baby. Aku keep minum horlicks smp ada masa tu susu menitik2. Syukur sgt2.

Aku x penah bukak buku ngn KK masa pregnant tp kwn laki aku ckp just bg buku rekod ngn pantai kt KK n nnt diorg akan dtg rumah tgk aku n bby. Senang! Hari ke-7 kot nurse KK dtg tgk Safiyya n ckp ada kuning sket. So nk lbh selamat kne bwk dia g amek darah n jumpa doc. Haritu jugak bwk g amek drh n syukur bacaan x tinggi sgt. Dlm 145. Aku keep bg Safiyya susu badan. Aku berdoa semoga Aryssa Safiyya sentiasa sihat dan kuat. Amin.

So far progress Safiyya, siang byk tdo n mlm kerap bgn utk susu. Boleh dikatakan setiap sejam ye. Dia jenis skali menyusu sket tp kerap. Huhu. Aku beharap je dia tdo lama sket mlm2 tp jarang la dpt melainkan dia betul2 penat. Tu pon slalu bersungut ekk okk ekk. Semoga fasa ni cpt la berlalu. Pastu cpt nk mengamok kalo lmbt bg susu. Mmg bkn penyabar mcm mummy dia.haha. Tu je lah update setakat ni. Jadi ibu bukan mudah. Tetiba!haha.

Till then, xoxo!



- Posted using BlogPress from my iPhone