Wednesday, February 23, 2011

What a day

Hari ini memang tidak kelakar. Dah la masa kerja banyak isu. Keluar office pun dalam 830 pm gitu. Pastu masa tgh drive slowly layan karoke sorg2 tetibe my car macam tersentak. Tengok kat dashboard ada color icon macam paip tu menyala. I pn terus himpit ke kiri. Oh, masa itu kat tgh2 highway ye, lepas Uniten. Sungguh nasib baik kereta tak banyak sbb my car dh cm stop terus tp sempat la ke tepi jalan. Then dah cuak tatau nak buat apa,call tunang tp tak angkat phone. Batt phone lak tggl 6% je. Masa tu ok lagi sebab ada netbook,so budget leh charge phone pakai usb. Sekali check handbag, OMG! Charger takde. Tinggal kat office. Time ni memang dah nak nanges. Pastu call abg ape sume soh diorg dtg. Seb baik sempat sebab lepas tu phone terus mati!.adoiyaiiiii.




Masa dalam kereta tu dah menyalahkan diri sendiri nape la x charge phone siap2. Selalu tu kemain rajin lagi charge. Then nampak kereta peronda highway berhenti. Diorg pun cakap nak gune jumper konon masa tu ingat problem ngn battery. Tapi silap. Rupa-rupanya battery masih ok, yg rosak tu adalah engine distributor katanya. Ni baru google okay. Memang takleh nak watpe,kete kena tow. Workshop je boleh buat. Then abg i sampai deal ngn orang peronda tu, diorg tolong tow kete i smp rumah abg kat Kajang. Lega dah masa ni. Just fikir duit yg bakal dikirai demi memperbaiki kereta ku itu. T___T

Masuk rumah, trus online mintak no phone bos kat Lin. U are my saviour.hehehe.. Call bos mintak EL nak uruskan kereta. Sorry bos. Tidak ku sangka kejadian seperti ini akan berlaku.



p/s: perlu kereta baru nampaknya. mungkinkah impian jadi kenyataan lps ni? ;p

-aai

3 comments:

  1. Bersabar la jimbit.....dugaan semua tue...

    ReplyDelete
  2. jimbit ni letak la nama sebenar..ada bran?? :P

    apa lagi umi..sila la survey kereta baru, awuuu...

    ReplyDelete
  3. ana: tahnye si jimbit tu.kecoh je lebih.buekkkk.

    kasi idea kete apa.esok gak g survey ;p

    ReplyDelete