Monday, April 14, 2014

Quick update for last weekend

Hellooo peeps! Selamat hari Isnin! Nk cter pasal last weekend. Takde apa yg best sgt. Sabtu tu Wan keluar sorang nk uruskan apa yg patut pasal rumah. Org kitchen cabinet nk dtg awl pukul 9 pagi. Mmg takde la aku nk ikutkan. Lgpon mcm x berapa sesuai nk bwk Safiyya time org tengah bertukang. Mmg Wan lari sana sini la dia aritu. Siap pergi hantar kereta tukar tayar depan la buat aligment la basuh la. Pastu tenghari dia balik naik kereta kwn dia. Nak angkut kitchen hood, hob, oven pergi rumah. Nk install terus. Lepas tu dia pergi pulak kedai elektrik nk mintak org tu hantar fridge ngn washing machine on Tuesday. Nak pasang terus gak. Skrg ni baru pasang cabinet. Table top Rabu ni baru pasang tak silap.

Aku ngn Safiyya melepak je kat rumah. Tidur, makan,makan,makan. Haha. Ptg tu pukul 5 lebih baru keluar g Senawang. Aku saje nk g Pritilulu usha shawls tp terus rembat 3 helai siap dgn pin 2 set. Then adik aku ajak mkn tutti frutti. Dh x best la. Rasa x macam dulu. Last aku makan masa pregnant. Safiyya pun x suka. Main je lebih. Lps tu g Giant beli barang sikit then terus balik.








Ahad, tghari camtu baru gerak g Melaka. Hantar barang jap kat rumah lps tu terus g lunch. Ptg tu balik Umbai jap. Mak masak lauk sedap terus makan lagi. Haha dasar. Mlm tu g Jusco Air Keroh dinner kt coffee bean. Sebelom tu sempat belikan Safiyya soft teddy bear kt lovely lace. Mcm biasa dia pegang je benda alah tu xnak lps. Terpaksa beli la kan. Kat rumah bukan dia kisah pon.



Cantikkn orkid mak mentua aku? Sempat snap. So tu je la cter boring kami weekend lepas. haha.
Till then, xoxo!

Thursday, April 10, 2014

Home Progress - The grill

Mari bercerita pasal grill rumah. Benda paling penting nak masuk rumah adalah grill. Bahaya ok xde grill. Kang senang-senang org nk pecah masuk. Huhu. Kitorg tunggu grill siap pasang baru start masuk barang lain dalam rumah.

Actually takde byk citer sangat bab grill ni. Buat dengan kawan Wan je. Aku dah cakap awal taknak wrought iron, nak warna putih dan simple ajer. Aku x sure apa jenis besi dia guna. Total cost grill 1 rumah siap powder coating bahagian bawah je almost RM6k.

Outcomenya ok je kat aku cuma aku kurang suka yg jarak antara grill tu lebar sejengkal. Patutnya x selebar itu. Tp biasa la bila laki tanya aku tak take not. Dia lak ikot je aku. If aku kata ok dia pon terus OK. ZzzZzZzz. Tp takpe la bila tengok dari jauh ok je. Takde la nampak cacat pon. Hehe.
Jom tengok gambar yg dh amek lama nih.

Kanan: Main door ; Kiri: Bilik utama bawah

Sliding door

Bucu bawah dekat ruang tamu

Bucu tingkap bilik belakang

Pintu dapur

Tingkap dapur

Ni je yg ada dalam folder. Ada part tingkap tinggi dekat tangga tp lupa nak snap. Hehe. So inilah grill rumah kami. Simple je. :)

Till then, xoxo!~

Wednesday, April 9, 2014

Resort World Kijal

Dalam sebulan aku ngan Safiyya dah pergi duduk 3 hotel ikut Wan. Dia ada kerja so kami tumpang sekaki. Haha. 1st hotel dekat Pyramid tower KL lepas tu Sunway Penang and the latest Resort World Kijal, Terengganu.

Kami gerak ke Kemaman pagi Ahad. Aku cakap kt Wan better pergi awal so petang boleh bawak Safiyya mandi swimming pool. Kami sampai dalam 3 lebih cmtu. Dah check-in susun barang semua kitorg turun bawah balik minum dekat Atrium coffee lounge. The cakes and pastries was sedap! Tp drinks dia mahal gila.Kalah Starbucks.










After our tea time kami ke Taman Sari Royal Heritage Spa nak survey harga dan tempat. Staff Petronas dapat 50% discount ok. Best giler. Wpon bini yang nk g spa x dapat 50% tuh. Cis sangat. Tp kitorg book terus slot aritu gak at 630 pm sebab esoknya tu semua slot dah full. Lucky me!

So masa aku pergi spa massage Wan bawak Safiyya pergi mandi kt pool. And the massage was good. I feel great after the session. X cukup sejam oi tp nak buat cmne duit x banyak. haha. Sampai bilik dgr Safiyya merengek. Kesian dia haus. Lps tu Wan call spa nk booking slot utk dia pulak esoknya sbb dpt 50% kan. Huh.




As expected mlm tu Safiyya tdo awal kol 8 cmtu so Wan keluar tapau dinner. Kedai tu depan hotel je. Sedap!

Esok paginya tu Wan overslept tp sempat la breakfast laju-laju. Safiyya good girl masa kat sana. Takde nak meragam mcm dia selalu buat. Lunch order room service je. Dapat la makan dgn tenang sbb Safiyya tido. Pukul 3 lebih Wan pon balik. Surprise gak sbb dia x cakap pon nak balik awal. Tp kesian la die kepenatan sbb lama kat site. Then dia lapar so makan kt kfc depan hotel gak. Balik bilik Wan tido dulu then 5 lebih ktrg pon turun pegi swimming pool. Kali ni aku bawak Safiyya mandi lak sbb Wan pegi spa at 6 pm. Safiyya x puas mandi lg so aku la bwk dia mandi turun naik slide sampai sakit bontot aku. But we had fun. Happy tgk anak happy. Pukul 630 pm ktrg naik bilik terus.
Malam dinner dekat Nandos Mesra mall. Lepas beli barang sikit terus balik hotel.

 






Selasa tu bangun pagi terus breakfast. Lepas tu lepak kejap kemas barang pukul 11 lebih check-out. Area hotel ni takde ape sgt. Nak pegi Mesra mall pon bukan ada apa. So byk spend time kt hotel je. Nasib hotel ni ada mcm2. Ada restaurant, cafe, pool pon best, beach x sempat pegi, spa pon best. Overall ok la. Cuma bilik style lama. Eventho bilik kami seaview tp toilet kecik, bantal pon ada 3 je, no fridge, almari pn sangkut. Tp mahal ok. Yg paling x best kena bayar internet access. Nasib baik 3g ok. Yg penting we all had fun. Ok tu je bye!




- Posted using BlogPress from my iPhone