Saturday, September 15, 2012

I am now a Mommy!

Haluu peeps! Nk amek kesempatan di kala tgh ada masa ni utk bgtau that i am now a mummy to a cute lil angel Aryssa Safiyya!
Born in hospital pantai ayer keroh melaka thru normal delivery on 12th Sept 2012 at 15:02pm. Berat 3.22kg dan pnjg 52cm.

So entri ni nk cter la pengalaman bersalin sehari sebelum ulangtahun kelahiran aku.
Air ketuban aku pecah area 5-530 pg 12th sept. Pg tu mmg aku rasa nk kencing mcm bese la kan. Tp aku baring rilex lg then air tu trus kuar. Kalo air kncing leh tahan kan ni mmg tak. Trus aku g toilet. Pastu aku buat rilex lg. Baring blk. Ha kau masa ni kuar melambak2. Abes tilam. Kejutkan laki, die pegang bontot rasa basah trus bgn n kejutkan kak ipar aku. Aku dh bediri masa tu mmg mengalir2 la air kuar. Kak ipar aku tgk n soh siap g hosp cpt. Aku pn g la mandi siap2. Abg ngn kak ipar aku dh bsng soh cpt sbb nk g hosp pantai bknnye dekat tp aku leh bertenang lg.
Kol 540 pg cmtu ktrg grk, laki aku mmg pecut ah. Ada dlm 25min je kot smp pantai. Masa dlm kete x byk ckp pn sbb dh riso.
Msk je labor room tukar baju n baring laki aku nanges. Riso gile takut x smpt. Aku masih lg bertenang sbb x rasa contraction lg. Then nurse seluk dlm kol 7 pg br bukak 2cm. Perasaan kena seluk ok wpon ada rasa nk tampar je nurse tu. Kol 755 pg start msk ubat berak. Serta merta rasa nk membuang tp yg kuar alahai sket je. Lps tu cucuk jarum kt tgn nk masukkn antibiotik sbb aku ada GBS infection. Abes je dia masukkn ubat tu trus aku muntah. Dh la x sempat nk pakai pad. Ngn air ketuban skali kuar kt bwh. Then diorg mskkn air pulak.

X ingt exactly kol brp contraction dtg tp dlm area 930 pg gitu. Mula2 mild je sakit. Doc Hanisah cek br bukak 3cm. 4 jam lg dtg cek blk. Masa ni doc confirmkan blk nk amek tak epidural sbb aku ada bgtau dia masa last checkup nk epi. Aku ckp "taknak". Ntah mana dtg kekuatan aku xnk amek epi. Doc bgtau nurse trus nurse tu ckp "alhamdulillah bgs dik,insyaAllah dik doa byk2 kt tuhan". Masa ni laki aku g mana tah. Dia masuk aku ckp x amek epi. Dia terkejut siap soh amek je kalo x tahan. Padehal sblm ni die yg x brp setuju aku amek epi. Man is so weird. Heh.

Dh confirm x amek epi nurse trus cucuk ubat tahan sakit kt bontot n bg sedut gas which both mmg x membantu pon. Haha. Tp amek gas tu buat lg cpt bukaan. Kol 1 seluk 4cm baru. Tp doc ckp bila contraction jd 5-6cm. Aku mula2 sedut bila sakit sgt je. Tp nurse ckp aku ni melawan sakit. Dia paksa aku sedut gas tu bila contraction nk dtg smp hilang. Doc dtg tgk "insyaAllah dpt ni bersalin normal". Estimation dlm kol 5ptg. Selain sakit contraction tu aku mmg x selesa sbb anak aku sgt aktif. Beralih2 je posisi dia. Nurse smp ckp "eh aktif betul budak ni".hihi.

Konon doc estimate kol 5 kn, kol 2 lbh aku dok ckp rasa nk berak. Masa dia seluk ni mmg aku rasa nk tendang je. Sbb time seluk tgh contraction. Sakit la hoi. Tp bila dia ckp dh 8cm bukak, omg this is it! X lama pon dr 8cm tu aku trus ckp "aaa rasa nk berak". Laki aku dh ckp cmne ni nurse dia nk berak ni. Nurse leh rilex2 lg ok. "aah kepala baby dh nk keluar la tu". Then br doc n bbrp org nurse lain dtg bg support. Ajar cmne nk teran. Tp aku still xleh tangkap lg cara teran yg betul. Dah sakit kan nk pk apa. Yg penting nk meneran ni jgn kuar suara sbb waste ur energy. Tgn pegang tumit kaki. Tarik napas dlm2 then push sepenuh hati smbil angkt kepala. Tp jgn angkat bontot! Time bila tah laki aku ckp boleh syg,u boleh buat,smbil nanges. Yes laki aku menanges lg. Last push tu mmg aku rasa ada benda keluar dan trus rasa lega. Trus doc tunjuk baby kat aku n soh ckp syukur alhamdulillah umi. Laki aku nanges lg. heh.

Dh nmpk baby aku senyum dan rasa lega amat sgt. Xleh nk kuar air mata aku wpon laki aku nanges beriye2.
Lps tu doc soh laki aku ikot nurse azankn baby. Doc nk kuarkn uri n jahit kesan gunting. Sakit gak die tolak2 perut aku nk kuarkn uri tu. Huhu. Part jahit pon xde la sakit sbb cucuk ubat bius. Aku tanya doc byk x jahit. Dia ckp "x sbb sy gunting sket je". Jahit pon kejap je. So ok la mmg lega semua dh selesai. Tp aku plng lama kt labor room sbb BP aku tinggi. Aku muntah lg. Efek amek gas tu agaknya. Siap tdo bagai dlm tu. Laki aku ckp yg msk sblm n slps aku sume dh kuar. Aku je plng lama.

Apa2 pon aku sgt bersyukur semua dh selesai. Eventho my baby kena tahan 3 hari kt ward sbb nk monitor ada GBS infection ke x but alhamdulillah she's a strong baby. Result darah clear means no infection. Syukur ya Allah. So please meet my lil angel Aryssa Safiyya binti Ezwan Azrin peeps!









Till then,xoxo!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 10, 2012

Checkup,birthday ibu & makan!

Sabtu aritu checkup at 38 weeks n 3 days, berat aku turun sket je. Kwn aku ckp kalo berat turun tandanya nk beranak dh. Tp aku cuba bertenang sbb takde tanda yg kukuh lg selain perut asek mengeras. Lama smlm tggu turn nk jumpa dr hanisah. Ada kt 2jam kot. Jumpenya 10 min je. Scan perut tgk progress baby. Alhamdulillah semua kelihatan baik. Air ketuban cukup, kepala baby A dh turun tp lom nk keluar lg dan berat baby A dh 3.1kg. No wonder pressure gila kt bwh ni. Dh 3kg anak aku rupanya. Dr hanisah pesan soh kira contraction every 5 mins terus msk labor room. Tanda2 lain selain tu keluar darah or air ketuban pecah. Kena alert la. Sbnrnya aku berharap baby A keluar sama tarikh ngn hari lahir aku iaitu 13/9. Hehe.. Tp x kisah pon janji baby A sihat.

Sabtu aritu gak 8/9 adalah bday bondaku. Memandangkan budget bulan ni ckp2 mkn maka aku ngn laki aku belikan kek kat secret recipe. And ktrg celebrate kat umah je as ayah still x sehat lg. Akak ngn adik aku belikan jajan n satay. Sume plan last minit. Hehe. Happy 63rd birthday ibu! Love u forever..





Hari ahad lak off to rumah lili kt putrajaya. Dpt gak aku g openhouse raya thn ni wpon dh sarat bwk perut n tggu masa je nk bersalin. Tp demi mengidam makanan yg lili buat aku gigih jugak. Haha. Thanks for the yummy foods nyah! Mmg aku kenyang gila smp mlm. Dan x lupa jugak aku smpt pow ana macaroni goreng blackpepper. Haha. Gila x senonoh perangai. Tp smp umah mlm laki aku yg lebih2 mkn. Sodap kata eh. Hihi.









Skrg aku leh dok diam2 sbb dh dpt mostly semua benda yg aku nk mkn.hehe.

Till then,xoxo!


-Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 4, 2012

Rindu

Tetiba rindu Krabi. Our place of honeymoon 2 weeks after majlis of both sides. Siap whatsapp gambar kat husband time dia tgh kerja. Terus dia ckp ada rezeki pegi lg. InsyaAllah. Tp next vacay phuket,bali or bandung kot. Maybe la. Dh ada baby nnt kena plan betul2. Takleh terjah je. Tp apa2 pon aku rindukn Krabi sekarang. Mengada emosi ni.









Till then,xoxo!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 3, 2012

Sundae story

Haluu u'olls! How was ur sunday? Pasti bz memenuhkn perut ngn g openhaus n mkn kt kenduri kawen. Hihi. As usual sabtu kerja maka mmg x kemana2. Jeles je baca kt fb n TL twitter sume org g jenjalan n mkn2 kt openhaus dan kemudian stuck in massive traffic jam. :p
Maka dpt kuar pon ari ahad je la. Itupon seb baik ada org kawen. Kalo x mmg dok umah je. Maklomlah aku kn sedang menunggu masa je nk bersalin.

Masa tgh siap2 tghari tu tiba2 2 org kwn lama masa matrix nk dtg beraya. Sbb pemberitahuan last minit mmg xde ready masak apa2 la.
Oh rindu kt diorg! Dpt jumpa kejap je sbb diorg pon ada wedding nk kena attend. Mkn hati aku tgk bdn masing2 yg kurus. X psl2. Haha.


Diorg blk je aku pon gerak la g wedding kwn laki aku kat krubong melaka. Smp2 trus mkn sbb lapa. Teringt2 aku smp skrg cendol die yg sedap.

Then trus g dataran pahlawan nk beli lg legging utk baby A. Tmbh koleksi. Park kete kt hatten square. Kuar lif nmpk 1 nail salon. Dr aritu aku dok memekak kt laki aku nk wat mani pedi sblm bersalin. Seb baik die layankan je. Nama nail salon tu snail & beauty. Ada promo mani pedi rm88. Pedicure tu siap mask. Ok la sbb last time aku wat kt seremban mani pedi xde mask je dh rm100 lbh. So on! Sementara menunggu, aku blanje laki aku thai massage 1 bdn kt deretan kedai yg sama supaya dia x bosan. Lgpon dia bising bdn dia sakit. Sejam rm59. Ok la murah. Back to nail salon, aku suka tmpt ni. Much better dr nail trend kt seremban. Elok je dia buat cuma kuku aku xde la berkilat gila. Tp die wat kemas. Puas hati.








Pastu aku kelaparan lg. Laki aku ajak mkn us pizza. Ktrg mmg jln area dataran pahlawan n hatten square je sbb aku dh jln slow gile. X larat. Celah kangkang sakit. Rasa pressure bhgn bwh. Pastu asek nk wee wee je.

Dh dpt leggings,baju aku sehelai konon nk pakai time pantang dan choc milk hazelnut chatime, laki aku ajak g beraya umah kwn die pulek. Layan je la. seb baik 1 umah je tu pon aku berckp smp x cukup nafas dh. Laki x reti2 nk ajak blk.

Otw balik ikot jln dlm, laki aku bwk mkn kt restoran warisanku. Tmpt ni cantik tp tgh2 hutan. Kira kawasan kg yg mmg hulu gak la. Jgn memain k ada western food. Ktrg share je sbb laki aku kenyang lg. Chicken chop au gratine. Ayam yg digrilled bersama cheese. Ok not bad. Kejap je abes sbb ayam kecik.


Smp rumah kt kol 11 lbh,mandi dan trus tumbang. Penat! Tp xleh nk tdo sgt sbb baby A agak active. Non stop moving dan asek la mengeras.
Then pg td baca TL, blogger friend dh selamat bersalin. Edd dia awl 3 hari je dari aku. Lps tu technician laki aku msg bini dia dh warded tggu masa nk deliver. Trus smp skrg aku rasa nervous. Masa aku akan tiba anytime je. Huuuuu. Please pray for me and my baby ye kwn2. Semoga semuanya berjln lancar hendaknya. Amin..

Till then,xoxo!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 1, 2012

Hello September!

My most favourite month is here again. Why? Simply because it's my birthday month. Muehehe. But for this year, i already have a perfect gift for myself. My baby is on the way! InsyaAllah. Please pray for me ya!
And i already received my 1st birthday wish. Sweet! :p




Till then, xoxo!

- Posted using BlogPress from my iPhone