Sunday, October 30, 2011

Tak Sehat La Sangat!

Oh aku sepatutnya bekerja hari ini tp apakan daya bila tidur tgh mlm tak lena sbb hidung tersumbat dan sesak nafas terus jadi tak larat nak bgn pg. Berkali-kali lak tu jaga. Huhu..

Tp bila tak bekerja, ada la aktiviti lain menunggu. Ada majlis tunang sepupu Wan kat Banting sebelah ptg tp sementara nk tggu majlis, suami ajak lepak kat Cyberview Lodge. Kaklong and her family sedang bercuti kat situ so join la sekali. Si suami sibok nk berenang. Aku hanya mampu lihatlah. Cepat penat. Kang ada yg lemas. Dah la tak cukup napas. Haha.






Actually aku teringin nak g Sembunyi Spa kat Cyberview ni tp session pagi fully booked. Ptg je available. Ptg lak mmg aku kena shoot g Banting. Lain kali je la nmpknya. Dh la kaklong beriya promote kata mmg best. Therapist tu mmg bgs. Hish.

Settled kat Cyberview, alas perut jap kat mamak area Cyber tu gak then terus g Banting. Simple dan sweet je pelamin tunang sepupu wan ni.




Semua hantaran mak mertua aku buat. Cantik! Yg color turqoise tu je yer. Guna fresh flowers gitu.




Ni la yg bertunang tu. Ayu nama diberi. Dress dia cantik. Sewa sekali dgn pelamin at very reasonable price!







Aku kan sepatutnya bekerja maka aku tak bwk baju kurung. Heh. Seb baik majlis tunang je.

Kt kol 7 gak settle semua kat Banting then trus gerak pegi Seremban dgn niat nk cari jeans Levis tp hampa yg 60% semua dh takde size aku. Pastu mkn kt Kenny Rogers laki aku hangin sbb tggu sandwich dia 45min tp org tu ckp kitchen dh tutup. Mmg hampa la g Jusco td.

Now aku dh ready nk tdo. Semoga dapat tidur lena mlm ni. Dh beli alat bantuan.




Good night peeps!

-aai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 29, 2011

Upset

Dear blog,

My post wedding photoshoot has been rescheduled again to the unknown date due to the limited time.
I am quite upset right now hence i am not going to promote my photographer at the moment. Maybe it is just not my luck.


-aai

Sepintas Lalu

Fuhhhh,berhabuk blog. Padehal baru 3 hari tak update. hihi. Takde la byk sgt nk cerita selain dari family trip to KK. Tu entry lain yer. Dis time only random update.

Aku cuti agak lama,since ahad 23hb till khamis 27th then Jumaat MC sbb selsema teruk. Skrg pon bernafas cm ikan. Hidung tersumbat. Balik office mcm2 perubahan dari segi management team aku. Actually masa time off pon mmg dh tahu. haha. Dasar budak team aku yg mmg kecoh. Bos resign, 2 org akan jd team lead la, ada yg naik pangkat, beberapa org yg sedang gigih pergi interview dan ada yg nk hantar surat resign next monday. Tp mmg dah agak ramai yg resign sbb khamis aritu pay day + bonus. Mmg semua tggu masa je nk blah. Tp aku? Masih lg di sini. Nk resign tp tak reti2 nk cari keje lain. Aku masih fikir camne la keadaan tmpt kerja baru nanti? Aku kat H* ni dh lebih 4 tahun. Lgpon ada ke company nk hire aku?Sbb sedar diri tak berapa nk baguskan. Yg mmg power pon ssh nk cari kerja apatah lagi aku. Tp tak cuba taktau lg ye tak?Aih mcm2 lak fikir.

Dh aku bgtau td baru je dpt bonuskan tp mmg mimpi la nk simpan duit tu. Dh la kena tolak tax byk gila. Boleh beli 3 ketul wrislet Coach. Nak kena byr hutang crdit card lg. Si bambee lak kena anta servis lg. Oh duit mengalir laju begitu sahaja. Dpt la saving sikit je. Ok la dari takde langsungkan. Bersyukur....

Tp dlm pada nk byr itu ini, aku sempat rembat sedikit barang. Keperluan kan. Ewah!haha.



Dan juga setelah sekian lama, akhirnya aku dpt video dvd masa aku nikah bulan 5 aritu. Yes, mmg dh berbulan lamanya tp kata org itu ada masalah teknikal. Takpelah. Janji aku dpt dvd tu dan video pon ok. Kalau tak mmg aku tak byr baki yg tinggal.


 Apa lagi eih?








Oh malam ni ada post wedding photoshoot. Mmg tak seperti dirancang. Plan nk buat kt Bukit Tinggi tp dgn masa yg sgt menjelesi diri ini dan juga si suami, maka terpaksa buat mlm di area Putrajaya sahaja sejurus habis kerja. Baju pon tak sempat nk cari yg cantik2 ikot suasana mlm. Balik dari KK lak demam so cari yg asal boleh je. Takpelah. Janji semua ni cepat siap. Boleh lah aku dpt album kawen aku sebelom menjelangnya tahun depan. Amin.


Esok kerja lg. Weekend yg bosan kali ni. Ok la tu je nk cerita.
Sekian.


-aai

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday : 27






-aai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 22, 2011

Kak Yin Now Married!

Kak Yin atau nama sebenar Ain Afzan adalah kwn masa zaman belajar form 4,5. Oh dulu selalu lepak rumah dia baca galaxy magazines. Bila sorg masuk Uitm,sorg lagi Uia dah mula jarang jumpa. She did attended my wedding so adalah rasa guilty jika aku tak pergi wedding dia. Hehe. Tp aku kerja harini maka aku pergi majlis nikah dia je. Nikah lps Isya' dan mlm td hujan lebat. Hujan rahmat.

Kak Yin adalah sgt cun! Kuwusss okay. Aku sgt kagum. Paling aku suka adalah pelamin dia. Paper flowers dais kan rakan-rakan bbf? Cantik.. Pelamin adalah dari Duranta Avenue, Ampangan Seremban. Dulu masa aku nk kawen penah try nk g butik akak ni. Nk pegi baru call akak tu tp die tak layan permintaan nk dtg butik last minit. Maka sape2 nk pegi butik akak ni sila call buat appointment dulu yer. Org nye ok sbnrnya. Takde la sombong seperti aku sangkakan.heh.

Suka baju nikah Kak Yin yg simple dan cantik!

Hantarans

Sudah selamat menikah

Pelamin cantik

Cool signage huh?

Baju malam berinai

With Duranta Avenue's owner

Kak Yin adalah pengantin yg mmg cool. Rilex je. Pengantin lelaki dtg agak lambat pon die ok je lg. Mak dia dh bising2 dlm bilik tanya mana bakal menantu. Haha. Ingt kenangan masa aku nk bernikah dulu, dok gelak2 nervous sambil camwhoring siap muka cuak lagi. Ibu aku sikit pon tak heran nk tgk anak dia sedang bersiap dlm bilik. hihi. Oh kenangan itu indah. Tetiba!
To Kak Yin, Selamat Pengantin Baru! Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin..


-aai

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday : 26






-aai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 18, 2011

Masakan Mudah

Mudah je sebab takyah nk fikir cari santan ke serai ke. Aku sangat bernasib baik kerana si suami tak berapa suka makan nasik. Udang dan ketam adalah allergic maka masakan aku menjadi lebih mudah. Yeah! Arini aku buat spaghetti bolognese ala Rembau. Sebab rasa pedas2 sket. Tu pun ibu aku ckp kalo pedas sket lg mmg sodap. Hehe.




Meatball takde so aku ganti sausage. Minced meat wajib ada, mushroom, 3 sudu cili kering, tomato potong dadu, dan sedikit garam n mixed herbs. Oh aku guna sos spaghetti traditional cap kimball. Wallaaaahh! 2 round laki aku mkn. Sedapp katanya. Alhamdulillah.

Ni aku masak last week. Laki aku kan tak berapa sgt nasik. Tp die leh mkn ni ngn 6 keping roti. Licin! Takde makna nak diet.




Sambal cili api letak ikan bilis,scramble eggs,sausages n bawang besar.

Mudahkan? Yg penting kenyang. Sekian.


-aai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, October 16, 2011

Relaxing on Sunday

Patutnya arini g Ubud Spa Bangi mandi susu,scrub,eye mask dan massage tapi aku gerak lmbt dr Rembau maka terlepas appointment kol 1130 pagi. Dapat buat massage sejam je. Ok la kan dari tak buat pape. Aku masih suka tempat ni. Urut bagus, suasana mmg utk tido dan harga murah. Oh yg session ni my ex-housemate masa kat ttdi belanja. Skali ngn my lil sis. Thanks Suria! Next month kte buat lg okay!







Lepas massage kitorang lunch kat d limau nipis dpn Pkns Bangi. Air d limau nipis special tu sodap!




Si suami masa tu lepak ngn his friend kt Bangi kopitiam. Settle lepak ngn Suria, me, hubby and lil sis pegi la tgk wayang kt Jusco S2. The Thing. Suspen citer ni tp aku masih tertanya2 smp skrg apa ending yg sebenar. Haih.




Ok tu je nak cerita. Nak mkn nasik lemak kukus ayam berempah. Bye!

-aai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Real Steal





Korang dah tengok? Tengok la nnt tau. Bagi aku cerita ini best! Aku peminat Hugh Jackman. He's hot! Watak dia pada starting cerita mmg menyakitkan hati tp tidak mengecewakan. Ewah! Budget pengkritik professional kan..haha. And the kid, Dakota Goyo adalah sangat cute. Especially masa dancing part with the robot. Aku lak yg berdebar lebih masa si robot bernama Atom berlawan dgn killer robot, Zeus. Ok dah nnt aku bg spoiler lak. Korang tgk la nanti okay! Apa-apa pon tak rugi la aku belanja si suami tgk movie ni. Dah la couple seat. Mahal. Gigih aku pergi beli ticket sehari sebelom on the way balik dari kerja. Ok la tu je nak update. Sekian.

Bye!


-aai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 15, 2011

Tak Sabarnya Nak ke KK

Actually May last year dh pergi Kota Kinabalu Sabah with 2 of my good friends tp tak pergi ke Kundasang sbb budget limited.hihi. Love this place! Tp masa kat pulau aku tak snorkeling pon sbb panas lupa nak beli sunblock. :p


 




So next week on 23rd Oct, aku akan pergi lagi ke KK Sabah with hubby, my parents, lil sis and family abg. Itinerary lengkap utk 4 days and 3 nights disediakan oleh kak ipar. Doakan semoga kami panjang umo dan dpt melawat tmpt org sekali lagi. :)


-aai

Wednesday, October 12, 2011

Post Wedding??

Dah 5 bulan kawen baru nak tergedik-gedik buat post wedding. Hehe.. Actually i dapat free outdoor session ni masa amek wedding package ngn Bliss Candid. Both of us takde masa sebelum ni sbb Aizat from BC mmg full every weekend and hubby lak tak byk cuti lg dh. Nasib baik this Oct month Aizat free kan his weekend. So do not judge us okay kenapa dah kawen pon still kecoh nak buat post wedding,kenapa nak membazir and all. ;)

I plan to have a very simple outdoor,free style just like my pre-wedding but kalau boleh takde props pun takpe. It's not necessary right? Dh macam trend kalau pre or post wedding nak ada props. So mine, a beautiful scenery with suitable attires mainkan peranan. Gituu!
A few place came across my mind.

The PD beach
Taman Botani Putrajaya
Bukit Tinggi Pahang

But i still havent decide yet. Apa yg difikirkan biarlah tak mengeluarkan byk duit utk baju,make-up dan perjalanan ke tmpt2 yg cantik.hihi..
Masanya singkat utk prepare for the post wedding photoshoot ni. Semoga semuanya berjalan lancar dan gambar cantik seperti yg dimahukan. Amin..


p/s: sape tahu kat mana nak cari kebaya nyonya cantik yg mampu milik?hehehe


-aai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 11, 2011

The Secret Life of Nora...

Previous entry aku ada bgtau pergi tgk muzikal teater The Secret Life of Nora dgn kwn-kwn kan, and this post adalah sedikit details.

It was a belated birthday treat by a good friend of mine, Waini. Hadiah yg best indeed sbb first time dpt tgk teater kat Istana Budaya. Teruja sehingga aku gigih beli maxi dress kat thepoplook. Hihi.

The Secret Life of Nora show started at 830pm and kena ada kat sana 815pm. Aku sampai dlm 730pm gitu sbb nk begambar dulu kononnya ngn mereka2 ni. Oh btw, ada 10 org join mlm tu. It was incredibly fun! The theatre was awesome at least to me. You guys should go and watch it. The show is about 2hours and half with 20 minutes intermission. So dlm 1120pm baru keluar teater. Seronok sangat. Rasa nak tgk lg je. Ada yg sudi nk belanja tak? :p
So let's layan the piccas baybeh!














I really had fun on that night. Looking forward our next activity pulak. Yeah!
Sekian. Till then, xoxo!~


-aai

Monday, October 10, 2011

Lovely Weekend... :)

Hello peeps! How was your weekend? Mine alhamdulillah, i had an awesome weekend despite got a severe headache and period pain.

Hubby being such a sweet and lovely person lately. Dia bukanlah seorg yg romantic sbb bunga pon aku yg mintak belikan. Tu pon tak beli. Tp Jumaat aritu, setelah aku ckp "arini genap 5 bln we've been married", i got something much better than flowers. Hehe.. Terus speechless masa dia bg. Suprise gitu.
Then that night we off to Cineleisure Damansara to watch Johnny English Reborn. Hubby dh beli tix siap2. Selalunya dia akan tanya dulu nk tgk cerita apa. :)

Esoknya Sabtu, selain attending Kay's wedding, we had Tutti Frutti again but this time kat TTDI lak. :)





Then malam, i have a date dgn kwn2 tgk muzikal The Secret Life of Nora. Hubby tak ikot. Biasalah lelaki mana minatkn. Tp dia tak kesah bg aku lepak ngn kawan2. Siap hantar aku g Istana Budaya then tggu for more than 1 hour dengan sabar sbb aku ckp show abes at 1030pm tp actually habis at 1130pm gitu pastu ada lak photography session lg ngn kwn2 aku. Nasib baik dia tak marah. Siap memuji aku nmpk anggun mlm tu. Awww! After teater, kitorang semua pergi supper kat The Ship,Kg Baru. Konon nk mkn western. Tiada apa yg lebih menggembirakan bila dapat lepak dgn kawan-kawan bersama suami di sisi ok. :p



Ahad, after had our breakfast with sister in law and her family at Sri Damansara Club, off to ikea jap. Saje tawaf even tho hubby tak suka sgt nk jln kat ikea tu. Then after a quick window shopping tp smpt la grab 2,3 barang terus pegi One Utama lak. Kejar movie showtime at 230pm. Oh kitorang tgk The Three Musketeers. It's a great movie tho. Rasa nk tgk lg tp bukan 3d.
After movie aku ckp nk mkn wpon si suami kata dia kenyang lg. Tp dia tahu aku teringin nk mkn mee kari kerang kat Ah Cheng Laksa, Cineleisure sbb dh kat sebulan memekak nk mkn tu, maka trus dia bawak aku g sana. Yeay i am a happy bunny. Licin ok dpt mkn mee kari yg sedap itu.



Begitulah kisah hujung minggu aku yg penuh dgn kasih syg. Muahaa. Jgn meluat yer. Bagi can la sekali sekala nk up kan suami sendiri. hehehe

Lastly, hadiah dr suami, kain utk kami dr dubai pemberian adik ipar dan ikea 2012 catalogue book. ;)


Sekian. xoxo ~

-aai